seismik

Ini Antara 7 'Aesthetic Cafe' Di Sekitar Pulau Pinang Untuk Anda Cuba. So Instagrammable!

Sambil makan sambil bergambar. Click!

Cover image via @kopihutan.pg & @thetablepenang

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau cakap mengenai syurga makanan pasti Pulau Pinang yang terlintas di fikiran kita bukan?

Seperti yang kita tahu, tempat makanan popular di Pulau Pinang mestilah Deen Maju dan Padang Kota. Nasi kandar dan pasembur memang sedap tapi selalu pula dipenuhi dengan pengunjung dan anda perlu beratur panjang untuk mendapatkan makanan. 

Bagi yang tidak suka bersesak-sesak, kafe aesthetic yang mempunyai suasana tenang dan cool ini pasti menjadi pilihan bukan? Sebenarnya, di Pulau Pinang pun terdapat pelbagai kafe aesthetic yang cantik-cantik tau. Di samping dapat makanan sedap, anda juga boleh ambil gambar cantik untuk post di Instagram. Best kan?

Ini antara aesthetic cafe yang popular di sekitar Pulau Pinang:

1. Kota Dine & Coffee

Kota Dine & Coffee ini terletak di Fort Cornwallis, Georgetown. Reka bentuk kafe ini sangat minimalist dengan konsep warna putih dan hijau. Masuk sahaja ke kafe ini pasti anda dapat merasakan suasana yang santai dan tenang.

Sesuai dengan slogannya iaitu 'when Francis meets rempah', kafe ini menawarkan masakan nyonya yang dimodenkan. Antara menu yang menarik termasuklah, Kota Rempah Chicken with Trio Rice dan Hokien Mee.

Alamat:
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
10200 George Town, 
Pulau Pinang.

Waktu Operasi:

Setiap hari (11am sehingga 10pm)

2. The Warung Penang

Kafe The Warung ini terletak di Lebuh Victoria, Georgetown. Ianya berkonsepkan retro atau 'lama'. Memang sangat cantik untuk anda posing di setiap penjuru!

Kafe ini sangat unik dan ianya menawarkan menu ringan seperti kopi dan waffles. Jadi, buat anda yang tidak mahu makan banyak sangat bolehlah datang lepak sambil menghirup secangkir kopi.

Alamat:
145, Lebuh Victoria,
10300 Georgetown, Penang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (9:30am hingga 8pm)

3. TheTable & co

Kafe TheTable & co ini terletak di Lebuh Carnarvon, Georgetown. Kafe ini juga antara salah satu kafe yang berkonsepkan retro di Pulau Pinang. Ianya sangat terkenal dengan hidangan barat dan melayu seperti Spaghetti Creamy Carbonara dan Nasi Ayam Percik.

Suasana yang santai menjadikan ianya tempat sesuai untuk anda makan malam bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Bila lagi anda nak flex gambar makanan sedap di Instagram kan?

Alamat:
27, Lebuh Carnarvon,
10300 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 
Isnin hingga Jumaat (12pm hingga 10:30pm)
Sabtu dan Ahad (3pm hingga 10:30pm)

4. Alamak

Kafe Alamak ini mempunyai dua cawangan iaitu di Bukit Gambir dan Jalan Argyll, Georgetown. Kafe ini mempunyai konsep sama seperti restoran mamak tetapi digabungkan dengan elemen hipster. Dalam erti kata yang lain, ianya menghidangkan makanan mamak tetapi dengan presentation yang nampak mahal.

Kafe ini memang dari jauh nampak sangat meriah dengan warna lampunya yang terang. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang tak menyempat nak buka handphone dan bergambar walaupun belum masuk kafe.

Alamat:
1. 175, Jln Argyll, GeorgeTown.
2. Krystal Square, 215, 2-1, Jln Bukit Gambir.

Waktu Operasi:
1. Setiap hari (11.30am hingga 2:45pm & 5pm hingga 9:45pm)
2. Setiap hari (11am hingga 2pm & 5pm hingga 9:45pm)

5. Kopi Hutan

Kafe Kopi Hutan ini terletak di Monkey Cup Garden, Bukit Bendera. Seperti namanya, kafe ini memang terletak di tengah-tengah hutan dan persekitaranya penuh dengan pokok yang menghijau.

Sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang sukakan alam semulajadi. Anda dapat menikmati kopi sambil menghirup segara dan ditemani pula dengan suam-suam cahaya matahari. Dah habis minum kopi, boleh la muat naik gambar sunkissed di Instagram!

Alamat:
Summit road, Bukit Bendera,
11500 Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu Operasi:
Setiap hari (9am hingga 5pm)

6. Lagenda Cafe

Lagenda Cafe ini terletak di Lebuh Carnavon, Georgetown. Selari dengan namanya kafe ini memang betul-betul legend. Ianya menawarkan masakan asia dan juga melayu tradisional.

Apa lagi yang legend di kafe ini ialah reka bentuknya yang ala-ala kampung dan tradisional. Sambil makan pun kadangkala mereka pasang lagu P. Ramlee. Bagi sesiapa yang sukakan makanan tradisional dan nak gambar feeling macam zaman dahulu boleh la singgah ke kafe ini.

Alamat:
2, Lebuh Carnavon,
10100 George Town,
Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 
Setiap hari (11am hingga 11pm)
Tutup setiap hari Rabu.

7. Fuku Eatery & Desserts

Fuku Eatery & Desserts ini terletak di Lebuh Pantai, Georgetown. Di tengah-tengah kesibukan bandar tersebut, kafe ini menawarkan suasana yang kasual dan senyap. Di samping itu, ia juga menyajikan menu yang diinspirasi dari Jepun dengan sentuhan tempatan dan rasa moden.

Peminat aesthetic pasti akan jatuh cinta pandang pertama dengan reka bentuk dalaman kafe ini yang berwarna biru dan putih. Memang sedap mata memadang, rugi kalau datang sini tak bergambar tau!

Alamat:
37 A&B, Lebuh Pantai,
10300 Georgetown,
Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (9am hingga 4:30pm)

Okay, dah boleh ajak rakan-rakan untuk cafe hunting di Penang. Jangan lupa upload gambar sekali tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: