Lambat Hadir Akad Nikah, Pengantin Nekad Drive Sendiri Ke Masjid Ini Curi Tumpuan Ramai
"Berkat tengok Fast and Furios" - Pengantin.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Detik sebelum akad nikah merupakan saat yang paling menggetarkan buat semua yang bakal berkahwin
Semasa menunggu saat untuk diijab kabul, selalunya apa yang pengantin lakukan mesti semuanya serba tak kena.
Pasti kita sudah mendengar pelbagai cerita mengenai pengantin tertinggal cincin, butang baju melayu hilang, tudung tak jadi dan macam-macam lagi lah.
Seperti video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang pengantin perempuan terlambat untuk hadir ke majlis sendiri telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rakan drive kereta slow sangat, pengantin ini terus ambil alih
Menerusi video yang dikongsi oleh @memanglowkey2_, kelihatan seorang wanita yang sudah lengkap berpakaian pengantin sedang memandu kereta.
Wanita tersebut sudah lambat untuk menghadiri majlis perkahwinannya tetapi rakan-rakannya memandu dengan sangat 'berhemah'.
Disebabkan masa hanya tinggal lagi empat minit, dia membuat keputusan untuk mengambil alih dan terus memecut ke lokasi perkahwinan.
Namun, apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila wanita tersebut sempat sampai ke masjid tepat pada waktunya. Pada akhir video itu, dia bersama suaminya dilihat selamat diijabkabulkan.
"Kalau aku pun drive sendiri, kalau suruh orang drive memang geram slow" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 423.4K views, 49.9K likes dan 296 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin perempuan itu pada hari bahagianya.
Malah, ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka memandu kerana terlambat sebelum akad nikah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Fuh power betul akak ni, kalau macam ini lah gayanya memang boleh kalahkan Letty Toretto! Apa-apa pun selamat pengantin baru ya :D