seismik

Rider foodpanda Kena Scam, Pelanggan Lari Lepas Dapat Makanan Ini Buat Ramai Naik Angin

Sampai hati buat abang foodpanda macam tu.

Cover image via @sokcantikkau (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kehidupan sebagai rider foodpanda memang penuh dengan cabaran

Mereka ini terpaksa menempuh panas dan hujan setiap hari demi mencari sesuap nasi. Ada juga yang sampai terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan menghantar makanan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang rider foodpanda putih mata gara-gara ditipu oleh pelanggan telah mendapat tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Boleh pula lari tanpa bayar, rider ini rugi RM100

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sokcantikkau, kelihatan seorang rider foodpanda sedang terduduk di kaki lima jalan raya berhadapan sebuah kilang.

Dia telah datang untuk menghantar makanan yang bernilai RM100 kepada seorang pelanggan di kilang tersebut. 

Namun, apa yang membuatkan netizen panas hati adalah apabila pelanggan itu mengambil makanan seterusnya lari tanpa membayarnya.

Dia cuba untuk menghubungi pelanggan tersebut berkali-kali tetapi malangnya tidak dijawab. Hal ini telah membuatkan rider tersebut mengalami kerugian yang besar. 

"Benda makan kot weh nak jadi darah daging, haih kesian orang cari rezeki boleh buat macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 814.9K views, 88.9K likes dan 3062 comments di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib rider foodpanda tersebut. Malah, ada juga netizen yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak sangka ada yang sanggup buat macam ni. Semoga abang dipermudahkan segala urusan ya! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik