seismik

[VIDEO] Habis Semua Baju Jadi Garing Lepas Keringkan Di Dobi Ini Buat Ramai Terkejut

Rangup betul baju-baju dia.

Cover image via @rararossa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Penggunaan dobi layan diri bukan sahaja popular dalam kalangan orang bujang malah juga digunakan oleh orang yang berkeluarga

Hal ini kerana kemudahannya yang dapat menjimatkan masa dan juga kos. Orang ramai tidak perlu menunggu seharian untuk keringkan baju di rumah, hanya 25 minit sahaja menggunakan dryer, baju sudah boleh kering sepenuhnya.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan baju-baju yang dikeringkan di dobi oleh seorang wanita menjadi ‘garing’ telah mendapat tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rararossa

mana kaki dobi tu hati2 la ya . dryer dobi buat perangai habis baju aku terbakar. total kerugian baju raya & baju2 sedia ada tu almost 800+ . nasib baik tuan dobi nak bayar ganti rugi

Oh No Oh No Oh No No No - Dubskie

Habis garing semua baju, nasib baik tuan kedai nak bayar ganti rugi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rararossa, kelihatan seorang wanita menunjukkan baju-baju barunya yang sudah dikeringkan di dobi.

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila baju-baju yang dikeringkan itu telah menjadi garing akibat daripada mesin pengering yang rosak di sebuah kedai dobi yang tidak dikenal pasti.

Difahamkan, baju-baju yang rosak tersebut bernilai RM 800. Mujur, tuan kedai dobi tersebut bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada wanita itu.

”Sedap tu kak, crispy! Lagi sedap kalau tambah cheese” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 52.2K tanda suka dan 206K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.

Malah, ada juga yang terhibur melihat baju-baju yang garing itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Garing dia tu sampai boleh buat keropok cicah sos ni! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: