[VIDEO] Isteri Seronok Ingatkan Dapat Rantai Emas, Sekali Kecewa Kena Tipu Dengan Suami
Isteri dah mengharap tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sukakan kecantikan merupakan lumrah bagi seorang wanita
Wanita mana saja yang tidak suka bersolek atau mengenakan barangan kemas bukan? Tambahan lagi, barangan kemas tersebut hadiah daripada suami tercinta. Pasti bertambah seronok si isteri.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan gelagat seorang lelaki yang kononnya ingin menghadiahkan rantai emas kepada isterinya telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan bagi rantai emas, rupa-rupanya itu tali beg tangan
Menerusi video yang dikongsi oleh @_saifuladli, kelihatan seorang lelaki sedang memakaikan isterinya seutas rantai emas. Isterinya pula sudah senyum sampai ke telinga kerana teruja menerima rantai emas.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila sebenarnya lelaki tersebut mengenakan isterinya, yang dipakaikan itu bukanlah rantai emas tetapi tali beg tangan.
Wajah si isteri pula dilihat kecewa lantas dia terus memukul suaminya apabila dikenakan begitu.
"Kes berat ni. Dah senyum lebar tu. Saya doa rezeki melimpah boleh bagi yang lebih besar lagi" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi di mana suami mengenakan isteri tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 89.1K likes dan 1.3K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!