seismik

Viral Gadis Ini Melamar 'Boyfriend' Macam Ajak Lepak Mamak Buat Netizen Teruja. Sweetnya!

Tindakan berani Ayu telah menyebabkan dirinya selamat menjadi tunangan orang.

Cover image via Twitter @nrfrhidxy

Kita biasa dengar orang kata benda baik tidak perlu ditangguh-tangguhkan lagi... Betul tak?

Lebih-lebih lagi kalau hati sudah suka sama suka, maka tiada alasan untuk melengahkan ikatan perkahwinan.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Johor Kini

Apabila sudah berjumpa dengan calon yang sesuai, kedua-dua pihak sama ada lelaki mahupun perempuan perlu segera berterus-terang serta luahkan isi hati hendak mengakhiri perhubungan tersebut dengan satu ikatan yang sah dan halal.

Tapi biasalah, sebagai perempuan pasti terselit rasa malu dan segan untuk bercakap dengan pasangan. Sudah menjadi kebiasaan, pihak lelaki yang perlu membuat first move dalam melamar pilihan hati sebelum menuju ke alam perkahwinan.

Namun berbeza pula dengan seorang gadis ini yang viral di laman sosial gara-gara dia melamar boyfriend macam ajak lepak mamak!

Menerusi laman Twitter, @nrfrhidxy atau lebih dikenali sebagai Ayu itu telah berkongsikan screenshot perbualan dia dengan 'selamba' melamar dan mengajak teman lelakinya untuk bertunang.

Ternyata, perkongsian gadis itu telah berjaya menarik perhatian netizen yang kagum dengan keberaniannya membuat first move. Manakan tidak, tindakan berani Ayu itu juga yang menyebabkan dirinya selamat menjadi tunangan orang.

Tinjauan di ruangan reply perkongsian itu mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi positif susulan lamaran gadis itu

Ramai yang teruja dengan sikap 'sempoi' gadis itu, selain ada juga yang berkongsikan pengalaman melamar suami mirip seperti apa yang dilakukan Ayu.

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa pengguna Twitter yang memberitahu telah menggunakan teknik yang sama 'melamar' boyfriend masing-masing. Siap kongsikan lagi screenshot perbualan mereka!

Alahai sweet-nya! Semoga segala persiapan perkahwinan pasangan ini berjalan dengan lancar. <3

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga perkongsian membuat majlis kahwin bawah RM5k ini!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: