seismik

[VIRAL] Kisah Disebalik Kubur Pink Lengkap Dengan Sistem MP3 Bacaan Quran

Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?

Cover image via Facebook Ali

Dua hari lepas, satu posting dari seorang pengguna Facebook bernama Ali (bukan nama sebenar) mengenai tempahan kubur berwarna telah mendapat perhatian ramai. Posting dari Ali itu berbunyi seperti berikut:

Image via Facebook Ali

Status tersebut turut disertakan dengan gambar kubur berwarna pink di bawah:

Image via Facebook Ali

Jujurnya, kami perlu membaca status itu berulang kali bagi mendapatkan maksud sebenar. Tetapi kami hanya mampu menggaru kepala dan tertanya-tanya apakah kandungan mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh Ali.

Image via tumblr.com

Dan beginilah reaksi kami setelah membaca status tersebut buat kali pertama. Geleng kepala bila kami fikirkan tindakan Ali yang sanggup mempersendakan agama dengan posting kubur pink sebegitu. Adakah dia sudah hilang akal?

Setelah menjadi viral, netizen di Facebook bertindak mencemuh tindakan Ali yang memuat naik gambar tersebut yang dianggap mempermainkan agama Islam. Ramai yang melabel kelakuan Ali itu sebagai bo**h, sesat dan melampau.

Image via Facebook Ali
Image via Facebook Ali

Isu yang hangat ini kemudian ditambah lagi perisa dan menjadi lebih "pedas" dengan komen-komen sarkastik dari Ali dan juga netizen lain. Ali nampaknya langsung tidak ada rasa serba salah dengan tindakannya itu.

Image via Facebook Ali

Kemudian kami berfikir, pasti ada sebab kenapa Ali memuat naik status sedemikian

Image via gifsec.com

Hasil carian kami mendapati bahawa status berkenaan bukanlah untuk mempromosi perniagaan kubur berwarna seperti yang disebut, malah ia sebenarnya bersifat sarkastik. Tetapi sarkastik untuk apa?

Image via imgur.com

Akhirnya, segala teka-teki terjawab. Status tersebut sebenarnya adalah cubaan Ali untuk memberitahu masyarakat tentang budaya bid'ah yang sering dijalankan pada masa kini, tetapi disampaikan dalam nada sarkastik.

Image via imgur.com

Budaya atau ibadah bid'ah yang sering masyarakat masa kini adakan adalah seperti:

1. membaca surah Yassin pada setiap malam Jumaat.

2. Bacaan tahlil pada 7 hari pertama selepas si mati meninggal dunia.

3. Bacaan tahlil pada hari ke-40, hari ke-100 dan pada hari ulangtahun kematian si mati.

4. Kenduri tahlil.

5. Menghias tanah perkuburan dengan perhiasan yang semakin semakin hari semakin "meriah".

Selain itu, dalam salah satu posting terbarunya, Ali turut memuat naik gambar kubur pink dengan gambar makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Selangor. Rasa-rasanya, apakah yang Ali cuba sampaikan di sini?

Image via Facebook Ali

Makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Selangor.

Image via Facebook Ali

Tetapi, meskipun status Ali itu bersifat sarkastik dan berniat untuk memberi pengajaran, ramai yang menyifatkan cara sebegitu tidak sesuai digunakan untuk tujuan mendidik, kerana 'sarcasm' seperti itu boleh disalah erti dan menimbulkan salah faham

Image via Facebook Ali

Persoalannya di sini, adakah membuat binaan di atas kubur sesuatu yang diharamkan? Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang dengan keputusan berikut:

1. Makruh hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.

2. Haram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.

e-fatwa.gov.my

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: