[VIRAL] Pelajar Senior Belasah Junior Di Asrama Sampai Tak Ingat Dunia
Kes pukul pelajar junior oleh pelajar senior sememangnya telah menular sejak dari dulu lagi. Tapi, kalau dah sampai macam ini memang boleh dianggap melampau. Langsung tidak berperikemanusiaan!
[TERKINI] Tahukah Anda Video Pembuli 'Singlet Hitam' Ini Dirakam Pada Tahun 2010?
Jangan terkejut. Video ini sebenarnya dirakamkan pada tahun 2010 di sebuah sekolah di Pontian, Johor. Bagaimanapun, nama sekolah tidak pula didedahkan.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.
hmetro.com.myDan Tahukah Anda Budak 'Singlet Hitam' Ini Sebenarnya Telah Dibuang Sekolah Pada Ogos 2011?
"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin."
hmetro.com.my"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," kata Asmawati dalam satu kenyataan.
hmetro.com.myLagi Satu, Tahukah Anda Gambar Yang Tersebar Mengenai Budak 'Singlet Hitam' Di Bawah Ini Adalah Palsu? Ya, PALSU!
Sejurus selepas video buli itu tersebar, orang ramai mula menggeledah sumber di internet untuk mencari identiti sebenar pembuli 'singlet hitam' tersebut. Kemudiannya, gambar ini yang disebar. Ramai orang memaklumkan bahawa budak 'singlet hitam' itu memakai jersi Liverpool dalam gambar ini (berdiri dua dari kiri) dan yang lain adalah kawan-kawannya yang turut sama membuli pelajar junior dalam video tersebut.
Hasil tinjauan SAYS, perkara ini TIDAK BENAR sama sekali. Untuk makluman, gambar ini merupakan gambar dari sebuah kes lama yang berlaku di Tawau, Sabah beberapa tahun yang lepas. Jadi, ia memang tidak ada kena-mengena langsung dengan kes video buli terbabit.
Sebelum Ini Juga, Ada Pihak Yang Mendakwa Pelajar-Pelajar Ini Merupakan Pelajar Dari Sarawak Dan Juga Dari Maktab Mahmud Padang Terap, Kedah. Kedua-Dua Dakwaan Ini Juga Tidak Tepat.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dr Chai Khin Chung menafikan berlakunya kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri Sarawak.
astroawani.comKatanya, polis negeri tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu yang videonya tersebar luas menerusi media sosial.
astroawani.comMaktab Mahmud Padang Terap menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook.
sinarharian.com.myPenolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu.
sinarharian.com.myDalam Satu Kes Yang Berasingan, Terdapat Sebuah Lagi Video Buli Membabitkan Seorang Pelajar Berusia 11 Tahun Dibelasah Oleh Enam Pelajar Senior Di Sebuah Asrama Anak Yatim Di Kangar, Perlis
Video berdurasi lebih kurang tujuh minit ini mendapat perhatian ramai sejak ia dimuat naik di laman sosial pada hari Selasa, 4 November 2014.
Pelajar-Pelajar Yang Membuli Dalam Video Tersebut Bagaimanapun Telah Berjaya Ditangkap. Mereka Mengaku Salah Kerana Membuli Pelajar Malang Terbabit Pada 31 Mei Hingga 1 Jun Lalu.
Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar pada petang Khamis, 6 November 2014 terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah Kangar, Perlis.
hmetro.com.myKesemua mereka dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
bharian.com.myKes Ini Akan Dibicarakan Semula Pada 24 Disember 2014. Jika Sabit Kesalahan, Mereka Boleh Dipenjara Sehingga Dua Tahun.
Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
bharian.com.myJika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
hmetro.com.myPada 3 November 2014, Tersebar Satu Video Pelajar Junior Di Sebuah Asrama Dibelasah Teruk Oleh Beberapa Orang Pelajar Senior. Video Ini Menjadi Viral Dalam Sekelip Mata Selepas Itu.
Kenapa Ia Menjadi Viral? Lihat Aksi Tomoi Oleh Seorang Senior Berbaju Singlet Hitam Yang Sangat Keterlaluan Di Bawah:
Mangsa Keempat: Ditendang Ke Loker, Dipukul Dan Ditumbuk Banyak Kali Sehingga Jatuh Ke Lantai.
Video Ini Telah Dimuat Naik Oleh Laman Sukan Star TV Pada Malam 3 November 2014. Sejak Daripada Itu, Video Ini Dengan Pantas Mendapat Sebanyak Lebih 8,000 Likes Dan Hampir 9,000 Shares Dalam Masa Tak Sampai 24 Jam!