seismik

[VIRAL] Anak-Anak Yatim Dieksploitasi Sementara Pemilik Pusat Tahfiz Amal Puas Berjoli?

Sering kali kita didekati kanak-kanak bawah umur meminta sedekah di kedai makan, bank, dan juga stesen minyak. Siapakah dalang di sebalik eksploitasi ini?

Cover image via SM AMIN / Facebook

Tinjauan SAYS mendapati bahawa Pusat Tahfiz Amal menjadi topik hangat di mediasosial apabila dikatakan pemilik sekolah tersebut mengeksploitasi kanak-kanak untuk meminta sedekah

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (lelaki) dan bawa beg sandang. Yang lelaki pergi ke restoran, yang budak perempuan pula berada di pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit 'Pusat Tahfiz Amal'.

Dalang di sebalik sindiket ini dipercayai bernama Azhar Wahab atau lebih dikenali sebagai SM Amin

Azhar Wahab atau SM Amin

Image via akamaihd.net

Azhar Wahab inilah yang mengumpul & mengaut keuntungan duit anda-anda semua yang prihatin semasa menghulur bantuan & derma.

Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang bekaswartawan Media Prima terkenal, Mazidul Akmal juga pernah mendedahkan perkara yang sama.


Berikut adalah antara produk yang dijual oleh kanak-kanak yang diperhamba SM Amin

Image via akamaihd.net
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Dipercayai pemilik Pusat Tahfiz Amal ini menyalah gunakan duit derma tersebut untuk kepuasan diri sendiri

SM Amin enjoy sakan

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Azhar Wahab berusaha memenuhi tuntutan nafsu serakah dengan mencapai sasaran kutipan yang dikehendaki setiap hari, akhirnya kanak-kanak dan anak yatim ini digunakan sewenang-wenangnya.

Tidak percaya? Anda boleh lihat sendiri keadaan pusat tahfiz amal yang sangat daif ini.

Menurut penduduk tempatan ditemui, pusat tahfiz ini dihuni kira-kira 100 pelajar dan mereka tidak pernah bercuti.

"Tentunya menghairankan. Setiap hari pelajar diperkudakan menjual pelbagai jenis barangan di lokasi berbeza, pulang selepas lewat malam tetapi terlalu banyak tingkap pecah tidak diganti," kata seorang penduduk.

Sekali gus timbul persoalan, kemanakah perginya wang selama ini disumbangkan oleh orang ramai kepada pelajar pusat tahfiz terbabit?

Image via abnxcess.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Persoalannya, siapakah Azhar Wahab atau SM Amin ini?

Azhar Wahab merupakan pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.

Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1988 ini menjalankan aktiviti perniagaan yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu Al-Mansur Holdings Sdn Bhd nombor pendaftaran (Co. 523446-U) beralamat di No.19, Jalan Cempaka1/1, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Image via blogspot.com

Menurut blog milik Mazidul Akmal, Azhar Wahab pernah terjebak dengan amalan songsang atau ajaran sesat

Ajaran sesatAzhar Wahab telah difatwakan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 21 September 2004.

Ajaran Azhar Wahab

Image via blogspot.com

Portal rasmi fatwa Malaysia, e-Fatwa telah menyenaraikan fakta tentang amalan Azhar Wahab secara terperinci:

Laman Web E-Fatwa

Image via e-Fatwa
Image via e-Fatwa
Image via e-Fatwa

Isu ajaran Azhar bin Wahab timbul dalam masyarakat apabila kumpulan Al-Mansur melaksanakan aktiviti yang didapati bercanggah dengan Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kumpulan Al-Arqam yang juga diharamkan.

Berdasarkan sebuah lagi blog, Azhar Wahab tidak mendapat pendidikan agama Islam secara formal

Azhar Wahab mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangssan Kuala Sedim di Kulim, Kedah kemudian menyambung pelajaran sehingga tingkatan 3 di Sekolah Menengah Padang Serai. Selepas memperoleh SRP, Azhar Wahab berkerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Ladang kelapa Sawit padang Buloh, Kuala Sedim.

Azhar Wahab juga digelar dengan pelbagai gelaran kehormat, antaranya ialah Ayah, Tok Wan, dan Yang Berhormat Mulia

Dipanggil 'Ayah' oleh pengikut, staff dan kakitangan dan 'Tok Wan' oleh anak kakitangan tanpa mengira usia mereka. Kemudian 'Tuan', 'yang Amat Mulia', 'yang berhormat Mulia' dan terakhir sekali 'Yang teramat Mulia Ayahanda raja'.

Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikut-pengikutnya dengan dibantu pengikut- pengikut utama seperti Ahmad bin Meh dan Hj Ilias Yusuf. Mereka adalah perancang utama, meneruskan usaha dan cita-cita Azhar melalui pelbagai dakwaaan dan mencetuskan segala ketaksuban kepada karakter dan profile beliau.

Lebih menghairankan, Azhar Wahab atau SM Amin merupakan seorang penghibur kontemporari dan mempunyai syarikat rakaman tersendiri iaitu SM Amin Productions

Image via akamaihd.net
Image via akamaihd.net
Image via akamaihd.net

Image via blogspot.com
Image via blogspot.com
Image via blogspot.com

Tidak cukup dengan itu, laman khas di YouTube dan Facebook juga telah dibuat khusus untuk perjalanan karier muzik SM Amin

Youtube page SM Amin

Image via SM AMIN / YouTube

Facebook page SM Amin

Image via SM AMIN / Facebook

Kami di SAYS merasakan lagu Saat Yang Bahagia, nyanyian duet SM Amin bersama Mas Rina adalah yang paling menarik

Unsupported video platform

Tidak hairanlah bagi seorang artis untuk mempunyai ramai peminat setia yang sentiasa memuji dan menyokong karier sebagai seorang anak seni

Kes anak-anak yatim meminta derma bukanlah fenomena baru di Malaysia. Rata-rata masyarakat telah berkali-kali berhadapan situasi seperti ini.

Image via blogspot
Image via blogspot

Percaya atau tidak, pusat tahfiz songsang diarah tutup sejak 2007 lagi

Surat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK)

Image via mynewshub.my

Rupa-rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17, Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi.

Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.

"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.

JAKIM pernah mengesahkan pusat tahfiz itu bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat

Image via mkini.net

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab serta memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.

Selain itu, majlis fatwa turut meminta mana-mana kumpulan ataupun individu yang berpegang dan mengamalkan ajaran tersebut dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

Perbuatan ini jelas sekali mencemarkan kesucian dan nama baik agama Islam

Image via blogspot.com

Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang Ringgit adalah satu perbuatan yang keji dan bukan dari ajaran Islam.

Malah perbuatan Pusat Tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar selepas ini.

Jika perkara ini benar, kami mendoakan semoga nasib anak-anak yatim yang diperhamba ini terbela di masa akan datang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: