seismik

[VIRAL] Selepas Ditangkap Disuruh Menyanyi Pula. Kemana Hilangnya Etika?

Video penyanyi SLAM, Zamani dipaksa menyanyi ketika dalam tahanan polis mendapat kritikan hebat.

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Jamal Abdillah Sedia Bantu Zamani Perang Dadah

Jamal Abdillah (kiri) sedia bantu Zamani.

Image via SAYS.com

"Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah)," kata Datuk Jamal Abdillah.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali mengulas kenyataan dibuat Zamani, 43, yang juga vokalis kumpulan Slam untuk mendapatkan rawatan akibat ketagihan dadah.

Menurut Jamal, Zamani dikenali ramai dan mungkin dia tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.

"Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani," jelasnya.

hmetro.com.my

Sementara Itu, Empat Anggota Polis Yang Digantung Tugas Akan Ditukarkan Ke Bahagian Lain

Image via bharian.com.my

Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video Zamani yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, ditukarkan ke bahagian operasi pejabat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi.

"Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan," katanya.

bharian.com.my

Pihak Berkuasa Masih Menyiasat Sekiranya Ada Lagi Mana-Mana Individu Yang Terbabit Dalam Insiden Ini

Abdul Samah berkata, pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terbabit dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu kerana klip video yang tersebar di laman sosial itu memaparkan penyanyi berkenaan disuruh menyanyi dengan tangannya bergari ketika dalam tahanan.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.

"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia," tegasnya.

bernama.com

26 Januari: Dua Anggota Polis Rakam Video Zamani Digantung Tugas

Image via bharian.com.my

Dua anggota polis yang memaksa Zamani menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

"Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai. Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga menyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis. Kami menyiasat dari semua sudut," katanya.

mstar.com.my

Reman Zamani Tidak Disambung Dan Beliau Telah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Selepas Proses Dokumentasi Selesai

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai sekitar pukul 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Klang pada 24 Januari 2015.

antarapos.com

Sementara Itu, Zamani Mengakui Tidak Menerima Sebarang Paksaan Ketika Anggota Polis Merakamkan Dia Menyanyi Lagu. Video Tersebut Sebenarnya Untuk Simpanan Peribadi Sahaja.

Image via blogspot.com

Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja," ujar Zamani.

mstar.com.my

Bagaimanapun, Zamani Mengakui Terkilan Dengan Penyebaran Video Itu Yang Dianggap Mengaib Dan Menjatuhkan Maruah Dia Dan Keluarganya. Zamani Turut Merayu Agar Masyarakat Tidak Lagi Berkongsi Video Tersebut .

Image via bharian.com.my

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja. Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya," jelasnya.

Apabila ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain. Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang."

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih. Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," kata Zamani.

blogspot.com

21 Januari: Harian Metro Melaporkan Seorang Penyanyi Popular Era 90-an Ditahan Di Kediamannya Kerana Memiliki Satu Paket Dadah Jenis Heroin. Identitinya Bagaimanapun Tidak Didedahkan.

Image via bharian.com.my

Seorang penyanyi lelaki berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam, 21 Januari 2015. Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik.

"Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap polis di Hulu Kelang. Ketika serbuan, kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah," kata sumber.

hmetro.com.my

Laman Astro Gempak Kemudian Memberitahu Penyanyi Berkenaan Ialah Bekas Vokalis Kumpulan SLAM, Zamani

Bekas vokalis kumpulan SLAM, Zamani.

Image via inspirasimagazine.com

Dalam Pada Beliau Ditangkap Dan Digari Pihak Polis, Perkara Ini Terjadi:

Image via SAYS.com

Persoalannya, Siapakah Individu Yang Merakam Serta Memaksa Zamani Menyanyi Ketika Beliau Berada Dalam Tahanan Polis, Malah Sedang Digari?

Zamani dipaksa menyanyikan lagu 'Gerimis Mengundang' ketika dalam tahanan polis.

Image via aans1.blogspot.com

Video Tersebut Menjadi Viral Dalam Sekelip Mata Sejak Semalam. Melihatkan Pada Reaksi Netizen, Ramai Yang Mencemuh Perbuatan Terkutuk Individu Yang Tidak Bertanggungjawab Itu.






Pengurus Zamani, Johan Aziz Berkata Penyebaran Video Tersebut Benar-Benar Menghina Zamani Dan Pihak Keselamatan Seharusnya Menunjukkan Contoh Yang Baik Dalam Menjaga Suspek Yang Ditahan

Pengurus Zamani, Johan Aziz.

Image via Facebook Johan Aziz

Pengurus kepada Zamani iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari. Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.

“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya.

Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan. Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” ujar Johan.

mstar.com.my

Isu Ini Turut Mendapat Perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Menerusi Twitter, Khalid Berkata PDRM Akan Mengambil Tindakan Tegas Tehadap Individu Tidak Bertanggungjawab Terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via kualalumpurpost.net

Dalam Perkembangan Terbaru, Siasatan Mendapati Bahawa Individu Yang Merakam Dan Menyebarkan Video Zamani Tersebut Telah Dikenal Pasti Dan Merupakan Seorang Anggota Polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat.

Image via mstar.com.my

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan bagi mengesan pegawai dan anggota lain yang turut terbabit menyebarkan video berkenaan turut dilakukan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor," katanya menerusi kenyataan media petang ini.

Katanya, polis memberikan jaminan akan melakukan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa dan tindakan tatatertib akan diambil kepada anggota atau pegawai polis yang terbabit merakam dan menyebarkan video itu.

Rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat itu menjadi viral hari ini dan mendapat krit

hmetro.com.my

Sementara Itu, Antara Kata-Kata Terakhir Yang Disampaikan Zamani Kepada Peminat Ialah, "InsyaAllah Saya OK."

JUGA DI SAYS: Mia Sara Hipokrit Terhadap Puteri Balqis? Perlukah Kanak-Kanak Dijadikan Bahan Gosip?

You may be interested in: