Vivy Yusof Beri Penjelasan Sebenar Tentang Isu ‘Fake Telekung’ Yang Viral Di Media Sosial
Ramai netizen telah salah faham dengan ayat yang cuba disampaikan oleh Vivy.
Sebut je nama Vivy Yusof, memang rata-rata mengenalinya sebagai ikon perniagaan dan blogger yang begitu terkenal dan salah seorang wanita yang paling berjaya di Malaysia
Beliau merupakan pengasas kepada Fashion Valet dan juga dUCk yang sangat dikenali dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Bukan setakat itu, Vivy juga sangat terkenal di dalam dan luar negara dan sering menjadi idola dan ikutan para wanita ketika ini. Beliau juga sering menjadi inspirasi sebagai ibu, isteri dan wanita bekerjaya.
Namun, baru-baru ini telah viral di media sosial di mana satu gambar status insta-story Vivy telah dimuatnaik oleh netizen yang dikatakan berang dengan tindakan Vivy
Dalam posting insta-story tersebut, Vivy telah meluahkan rasa kecewa kepada pengguna yang membeli jenama tudungnya iaitu dUCk versi palsu.
Kami difahamkan bahawa ayat terakhirnya yang membuatkan ramai netizen kurang senang apabila Vivy meluahkan rasa kecewa dan hairan dengan pengguna yang sanggup memakai tudung versi palsu untuk menunaikan ibadah yang wajib.
Ramai yang telah menyalah tafsirkan maksud sebenar Vivy Yusof dalam posting insta-story tersebut. Netizen juga turut mengecam Vivy kerana dia bertindak memadam posting tersebut, namun ada netizen yang sempat mengambil screenshot dan menyebarkannya.
Isu ini mula viral selepas screenshot itu disebarkan di merata platform media sosial tanpa mengetahui maksud sebenar ayat tersebut
Tidak semua orang mudah terpedaya dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada Vivy.
Ada juga masyarakat yang tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Ini merupakan empat perkara yang sebenarnya ditekankan oleh Vivy Yusof dalam posting tersebut. Ianya telah dikupas oleh seorang pengguna Twitter yang bertanggungjawab iaitu Encik Amirul.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ada netizen interpret ayat Vivy Yusof as if pakai telekung tiruan menyebabkan solat tidak sah.
Walhal, apa yang Vivy ingin tekankan adalah:
1. Kalau tak mampu beli telekung mahal, beli sahajalah telekung murah dan solat.
2. Sudahlah support fake product itu adalah bertentangan dengan undang-undang, anda guna produk tersebut untuk solat. Bukanlah Vivy maksudkan solat tidak sah, tapi lebih kepada benda ibadah seharusnya semuanya berasaskan yang suci, halal, dan bersih.
3. Kalau nak argue pasal hukum solat hatta hukum jual beli telekung tu pun memang la sah. Jual beli adanya penjual, pembeli, barang, akad dan ikut semua syarat sah mmg la sah akadnya. Tapi ini soal moral dan etika dan soal integriti juga aku kira.
4. Sebenarnya, tak susah pun nk hidup kat dunia ni. Ukur baju di badan sendiri. Pakailah benda yang mampu kita pakai. Orang nk glamour dan menunjuk kita pun sibuk nk glamour. Beli je telekung biasa. Solat pun rasa tenang, takdelah kita mengkhianati usaha dan penat lelah org lain.
Apa pula kata tuan punya badan, Vivy Yusof sendiri mengenai isu ini? Baca sini:
Mudah sahaja untuk memastikan hidup diberkati. Jangan sesekali menyebarkan fitnah. Lebih-lebih lagi jika perkara itu langsung tidak diketahui apa puncanya. Sama juga seperti isu 'fake telekung' ini, kenyataan yang dikeluarkan Vivy Yusof telah disalahtafsir oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.
Simple sahaja bukan?
Spread love, not hate.