seismik

Walaupun Gaji Bersih Kurang 40%, Penjawat Awam Tetap Layak Mohon 'Housing Loan'

Kemudahan demi kemudahan diberi kepada penjawat awam.

Cover image via Star Property

Saban hari, harga rumah menjadi semakin mahal dan tidak mampu dimiliki. Orang ramai sekadar mampu tengok sahaja.

Image via Edge Prop

Isu harga rumah sudah menjadi satu topik yang paling lazim dibangkitkan oleh golongan bekerjaya. Masing-masing mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah idaman dan settle down secepat mungkin.

Namun, harga rumah yang semakin hari semakin naik dan terlalu mahal menjadikannya begitu sukar untuk dimiliki. Jurang di antara harga rumah dengan pendapatan bulanan juga terlalu besar, sehingga majoriti penduduk tidak mampu untuk membeli rumah walaupun telah bekerja selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, ada berita gembira untuk penjawat awam!

Ketua Setiausaha Negara, Dr Ali Hamsa menerusi Facebook telah menyampaikan berita gembira kepada penjawat awam pada 14 November lalu.

Dalam post tersebut, beliau memberitahu bahawa kerajaan akan mengecualikan syarat potongan gaji 60% untuk pembiayaan perumahan penjawat awam.

Lebih mengujakan, pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan.

Image via Dr Ali Hamsa
Image via Dr Ali Hamsa

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Tuan Salkukhairi Abd Sukor meluahkan rasa syukur kerana perjuangan mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil

Menerusi status di Facebook, Tuan Salkukhairi merangkap Timbalan Presiden HartaGuam berkata pihaknya akan terus memantau dari masa ke semasa agar sebarang polisi yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melindungi hak dan kepentingan kakitangan awam.

Image via PropSocial

"Ini berita yang baru kami terima.

"Syarat pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji untuk pembiayaan perumahan kakitangan awam telah DIKECUALIKAN. Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%.

"Alhamdulillah, akhirnya apa yang diperjuangkan oleh HartaGuam selama ini DIDENGARI oleh pihak kerajaan.

"Walau bagaimanapun, HartaGuam akan terus memantau dari masa ke semasa agar sebarang polisi yang dilaksanakan oleh LPPSA melindungi hak dan kepentingan kakitangan awam.

"Terima kasih," tulisnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Akan dibuka tak lama lagi!

You may be interested in: