[GAMBAR] Lebuh Raya Setinggi 60 Meter Ini Dinobat Sebagai "Paling Gayat" Di Malaysia

Tinggi gila!

Tinggi kan highway ni?

Image via gthofook/Flickr

Perkenalkan Rawang Bypass, lebuh raya paling tinggi dan pastinya paling menggayatkan di Malaysia yang terletak di Selangor.

Image via gthofook/Flickr

Lebuh raya sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bertujuan bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang.

Image via gthofook/Flickr

Dengan ketinggian maksimum 60 meter, Rawang Bypass adalah antara projek yang paling kompleks dan paling sukar dalam sejarah pembinaan lebuh raya di Malaysia

Image via gthofook/Flickr

Lebih hebat, lebuh raya ini direka oleh arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar. Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkok bagi meminimakan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Image via gthofook/Flickr

Laluan ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia. Disebabkan itu, setiap batang pokok ialah khazanah negara yang perlu diselamatkan dan dijaga sehabis baik daripada ditebang.

Image via gthofook/Flickr

Pembinaan Rawang Bypass mampu memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit sahaja!

Image via gthofook/Flickr

Sebenarnya, pembinaan lebuh raya ini terpaksa ditangguhkan selama 2,132 hari (hampir enam tahun) berikutan prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa JKR.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini sepatutnya siap dibina pada tahun 2008 pada mulanya.

Image via gthofook/Flickr

"Projek pembinaan lebuh raya empat lorong ini bermula pada 16 Julai 2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos permulaan RM203.47 juta.

"Bagaimanapun, beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk perubahan harga tenaga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal telah memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta," katanya seperti yang dipetik dari The Sun Daily.

Image via gthofook/Flickr

Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi

Selain itu, pengguna juga akan melalui bawah talian kabel pencawang elektrik.

Info lanjut, lihat video penuh di bawah oleh JKR:

Lepas ni bolehlah Fast & Furious berlakon kat Malaysia! :D

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment