seismik

Wang Tunai RM11 Juta Dijumpai Di Sabah, Pihak Berkuasa Terkejut Tidak Tahu Milik Siapa

Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.

Cover image via Harian Metro

Dilaporkan hampir RM11 juta wang tunai ditemui dalam dua serbuan berasingan termasuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 pagi hari ini

Memetik laporan Harian Metro, serbuan yang dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar' itu dijalankan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.

Menurut sumber, hasil serbuan itu, anggota penguatkuasa menahan beberapa individu dan pemeriksaan lanjut menemui hampir wang tunai berjumlah lebih RM8 juta.

"Susulan itu, pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen berhampiran hotel berkenaan dan menemui wang tunai lebih RM1 juta," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via thecoverage

Katanya lagi, semua wang tunai yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut

"Pengiraan masih dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang dirampas dalam kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Sabah dijangka membuat sidang media berkaitan kejadian itu, petang ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: