seismik

Gara-Gara Tegur Lelaki Buat Bising Depan Rumah, Perut Wanita Baru Bersalin Ini Direntap!

Biadapnya!

Cover image via Nur Dhila

Dengan lebih 24 ribu shares di Facebook, sebuah post milik Nur Dhila menceritakan satu kejadian malang yang berlaku di kawasan perumahannya telah viral

Kejadian ini berlaku pada dua hari lepas di hadapan rumahnya pada jam kira-kira 1 pagi.

Beliau menceritakan bahawa anak kecilnya tidak dapat tidur lena kerana bunyi bising enjin kereta yang sangat kuat di hadapan rumah jirannya. Beliau kemudiannya keluar untuk menegur pemandu kereta tersebut dan sesuatu yang agresif telah berlaku.

Ikuti cerita beliau di bawah:

Masih ade lagi lelaki bachul pukul perempuan..
Aku la perempuan yg kena pukul tu.

Aku masih berpantang bersalin secara caesarian sampai skrg perut aku rase sakit kne sentap..

Perut aku kena RENTAP & die telah kotakan niat utk MELANGGAR ak dgn kereta die akibat x puas hati kena tegur.

Kejadian bermula bila pelaku membuat bising pd tarikh 11/07/2017, jam 1.05am -1.30am, ram2 kereta depan rumah (selang sebuah dr rumah ak) menyebabkan baby Aqeel menangis x henti2 kerana terperanjat2 bunyi bising dr kereta pelaku.

Ibu mana tahan.. tgk ank dh 20min terkejut2.. badan tersentap.. terenjat2 dan menangis x henti sbb terkejut.

Aku pn tegur 2x dr perkarangan rumah, tapi pelaku mcm x puas hati malah die menjadi2 ram kereta dgn lebih kuat x henti2.

facebook.com

Setelah 20min berlanjutan bising dan baby aqeel menangis makin ligat sebab terkejut.. aku pn keluar rumah untuk TEGUR SECARA BAIK.. suruh die setel cara baik kalau ade problem dgn jiran aku dan bukan dgn cara buat bising malam2 buta..

malangnya pelaku MEMANTUL dan memaki hamun aku. Mencarut jgn ckp la. Cara cakap mcm org lalok aje..

Akibat keadaan menjadi tegang dan die ugut2 aku, aku pn rekod perbuatan pelaku.. akibat tidak puas hati, pelaku cuba nk rampas handphone aku.. x dpt rampas, die RENTAP PERUT AKU dan ckp nk langgar aku dan die dh lin telah melaksanakn niat untuk LANGGAR aku.

Nasib aku dgn kain dh terbukak (sempat tarik kain) berundur lari ke blkg.. klu x elak.. mau klu x ke hospital.. innalillah dh aku..

Dia juga ugut untuk mencederakan aku kelak.

Jiran aku (yg pelaku ram2 dpn rumah) boleh kata "tak dengar" aku menjerit minta tlg.. pdhal achi rumah hujung boleh dgr bising2 kt luar.

Biar video dan report yg aku buat menjelaskan keadaan.

Baru balik buat pemeriksaan perubatan. Perut aku masih senak kne sentap.. arini bentan seharian.. sebab kejadian x guna ni.. harini jalan tunduk pegang perut aku di buatnye.
Sigh~

facebook.com

Nur Dhila turut memuat naik sbeuah video kejadian terbabit. Beliau kelihatan sedang memarahi lelaki tersebut kerana berbuat bising. Namun, lelaki itu pula mengugut untuk melanggarnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Lepas aku ckp nk rekod kejadian die trus perlahankn suara dan berlakon baik. Malah menuduh ak dtg buat bising.

Posted by Nur Dhila on Tuesday, 11 July 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: