seismik

[VIDEO] 'Selawat Despacito' Alunan Ustaz Ini Jadi Viral, Orang Ramai Keliru Dan Bingung

Boleh ke tak kalau macam ni?

Cover image via SAYS via Penang Kini

Lagu 'Despacito' nyanyian Justin Bieber, Luis Fonsi, dan Daddy Yankee menjadi satu fenomena dunia sebaik sahaja ia diterbitkan baru-baru ini

Image via billboard.com

Kegilaan lagu 'Despacito' boleh dilihat melalui putaran di radio yang seakan tak henti-henti di semua saluran. Malah, klip video original lagu tersebut nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee juga telah mendapat lebih daripada 2.5 bilion tontonan di YouTube dalam masa 6 bulan sahaja!

Klip video 'Despacito' kini menduduki tempat kelima dalam carta 'Video paling banyak dimainkan di YouTube', barangkali memegang rekod sebagai video paling cepat mendapatkan tontonan melebihi 2 bilion.

Jumlah tontonan pada 11 Julai 2017.

Image via BBC

Fenomena 'Despacito' turut merebak ke Malaysia sehingga wujud lambakan jenis cover di media sosial

Tapi yang paling ramai suka dan salute, tentunya cover oleh kumpulan Gemersik Pawana dari SBP Integrasi Gopeng yang menggunakan alat muzik tradisional Melayu iaitu Cak Lempong.

Persembahan mereka di rancangan Nasi Lemak Kopi O tempoh hari telah berjaya mencuri perhatian orang ramai. Saksikan di bawah:

Namun begitu, terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan menjadikan irama lagu tersebut untuk selawat di majlis perkahwinan

"Selawat Nabi pun nak guna lagu Despacito?"

Mungkin ada sesetengah pihak yang menimbulkan tanda tanya ini dalam fikiran mereka. Mana tidaknya, sedang kontroversi berkaitan lirik lagu tersebut yang dikatakan berbaur lucah masih berlegar, tiba-tiba ada pula pihak yang menjadikannya sebagai selawat. Ternyata, perbuatan ini pasti dianggap seperti mencemarkan imej agama Islam.

Sejak dimuat naik oleh laman Penang Kini pada 10 Julai lalu, video tersebut telah mendapat 2,500 shares ketika artikel ini ditulis.

Image via Penang Kini

Tekan butang play dan dengarkan 'Selawat Despacito' di bawah:

Selawat Pengantin irama DESPACITO yang sedang viral. Tak berharap banyak pun, Semoga pada yang suka dengan lagu Despacito bolehlah move on kepada selawat nabi ja, kan boleh dapat pahala? Semoga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak.. Amin.. Jom selawat.. Selawat Pengantin oleh Ustaz Yanis, Gelugor, Pulau Pinang

Posted by Penang Kini on Monday, July 10, 2017

Apa kata orang ramai?

1. "Dari segi adab, tak berapa manis."

Image via Penang Kini

2. "Buka minda dan pandang dari sudut positif."

Image via Penang Kini
Image via Penang Kini

3. "Lepas ni apa pulak?"

Image via Penang Kini

4. "Ini cara dia tarik minat orang-orang muda untuk berselawat."

Image via Penang Kini

5. "Tinggalkanlah benda-benda yang meragukan."

Image via Penang Kini

6. "Irama tak menjadi masalah. Selagi makna tak berubah, ia diharuskan."

Image via Penang Kini

Apa pendapat anda? Patutkah selawat dengan irama Despacito ini dijadikan amalan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam mana pulak iklan parodi ni pun boleh jadi kontroversi?

You may be interested in: