Wanita Sarat Mengandung Dipanah Bekas Suami Sehingga Maut Akibat Geram Ditinggalkan
Bekas suaminya itu dikatakan telah membuat perancangan untuk membunuh ini selama setahun.
Seorang wanita yang sarat mengandung dikatakan telah meninggal dunia akibat dipanah oleh bekas suami di kediamannya
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku di London, United Kingdom baru-baru ini selepas seorang lelaki yang merupakan bekas suami mangsa iaitu Ramanodge Unmathallegado, 51 telah bertindak memanah mangsa, Devi Unmathallegado, 35, menggunakan busur silang sehingga wanita itu cedera parah dan menyebabkan kematian.
Perkara itu dipercayai berlaku kerana dendam selepas ditinggalkan mangsa untuk lelaki lain dan suspek turut berang kerana mangsa mahu melarikan diri daripadanya. Malah, suspek turut merancang untuk membunuh suami baru mangsa iaitu Imtiaz Muhammad.
Suspek juga dikatakan telah membuat perancangan untuk membunuh mangsa selama setahun sebelum akhirnya menembak dan membunuh wanita yang sarat mengandung itu. Mangsa maut selepas panah yang ditembak suspek menusuk jantungnya.
Namun begitu, bayi yang dikandungnya dapat diselamatkan menerusi pembedahan kecemasan.
Menurut laporan The Metro suspek pada mulanya bersembunyi di dalam bangsal di kediaman pasangan pada pagi kejadian
Suami baru suspek, Imtiaz pada ketika itu secara kebetulan telah masuk ke bangsal berkenaan dan seterusnya mengganggu perancangan suspek. Selepas itu suspek telah mengejar Imtiaz ke dalam rumah dan berjaya melepaskan busurnya selepas melihat mangsa ada di situ.
Dengan berbekalkan senjata termasuk busur silang, anak panah, tukul, pisau dan gunting, suspek memberitahu bahawa dia juga mengambil masa selama beberapa bulan untuk mengumpul kesemua senjata tersebut. Malah, suspek turut melakukan pemerhatian di kediaman pasangan itu sebelum melaksanakan perancangannya.