seismik

Penjara 34 Bulan & Denda RM40,000 Akibat Bunuh Kucing Dalam Mesin Basuh Di Kedai Dobi

Jangan main-main. Sebab itulah sebelum buat sesuatu, fikir terlebih dahulu.

Cover image via Free Malaysia Today

Dua individu lelaki telah didapati bersalah selepas membunuh seekor kucing bunting pada 11 September 2018 yang lalu kira-kira jam 12:54 tengah malam hingga 1 pagi

Image via Astro Awani

Dua individu kejam di dalam gambar di atas dikatakan tergamak membunuh kucing betina yang terbiar dan sedang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di kedai dobi, Taman Gombak Ria, Gombak. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12:54 tengah malam pada September lalu dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan.

Menurut laporan, dua lelaki itu adalah pelanggan dobi. Selepas itu, mereka bertindak memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering dan meletakkan wang syiling ke dalam mesin itu lalu terus pergi meninggalkan dobi berkenaan.

Lihat video penuh perbuatan zalim itu di bawah:

Bangkai kucing betina itu ditemui oleh pelanggan dobi pada 10:30 pagi, hari yang sama ketika mereka ingin menggunakan mesin pengering tersebut

Pihak pengurusan dobi berkenaan seterusnya menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum pihaknya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berdasarkan bukti rakaman CCTV yang mereka peroleh.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dua lelaki itu dan sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan zalim berkenaan. Dia menambah, "Perbuatan dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015."

Semalam, 5 November 2019, pembunuh kucing tersebut iaitu seorang pekerja kontrak telah dijatuhkan hukuman penjara 34 bulan dan denda RM40,000 akibat membunuh kucing

K Ganesh, 42 (kanan)

Image via Free Malaysia Today

Salah seorang pesalah iaitu K Ganesh, 42, merupakan seorang pekerja kontrak telah dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menyebabkan haiwan itu menderita dan dikira menzalimi binatang tidak bersalah.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Hakim yang mengendalikan kes ini, Rasyihah Ghazali telah menjatuhkan hukuman itu terhadap K Ganesh selepas mendapati tertuduh bersalah dan setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Setelah membuat penilaian maksimum terhadap hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan.” Beliau turut menjelaskan bahawa dalam kes ini, tertuduh adalah individu yang memasukkan kucing dan mengunci mesin pengering pakaian di dobi tersebut.

Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menzalimi binatang.”
Hakim, Rasyihah Ghazali

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BUNUH KUCING | Dipenjara Dua Tahun 10 Bulan, Denda RM40,000

BUNUH KUCING | Dipenjara Dua Tahun 10 Bulan, Denda RM40,000 Akibat membunuh kucing, seorang pekerja kontrak dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda 40,000 ringgit. K. Ganesh, 42 tahun, didapati bersalah membunuh kucing di sebuah dobi layan diri, September tahun lalu.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, November 5, 2019

Pendakwaan mengikut akta tersebut juga merupakan yang pertama di negara ini sejak ia berkuat kuasa pada Julai 2017.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main ya!

You may be interested in: