seismik

Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang, Wanita Ini Beri Tips Penting Untuk Para Ibu Amalkan

Perlukan disiplin yang sangat tinggi.

Cover image via Sahira Lim

Berpantang merupakan satu fasa yang sangat mustahak bagi kaum ibu selepas bersalin

Gambar sekadar hiasan.

Image via cloudfront.net

Bak kata orang, fasa berpantang inilah yang menentukan kesihatan seorang ibu untuk jangka masa panjang. Berpantang juga bertujuan untuk mengembalikan semula keremajaan dan awet muda kepada ibu bersalin.

Jika elok pantang yang diamalkan selama 44 hari, maka lebih terjamin kesihatan seorang wanita pada masa akan datang. Sebab itulah berpantang sangat penting dan wajib dijaga oleh setiap kaum wanita bergelar ibu.

Macam mana nak kekal ramping, sihat, dan tidak gemuk? Seorang pengguna FB Sahira Lim berkongsi tips bagaimana beliau hilangkan berat sebanyak 40 kg sepanjang 44 hari berpantang.

Baca di bawah:

Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83 kg - 43 kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.

Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit. Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang!!

Image via Sahira Lim

1 - sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!

- ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.

- berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening, migrain, dan paling teruk meroyan.

- sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari (minimumkan).

- memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!!!!!

- sila minum air kopi sekali sehari.

- air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut, tak nak tak perlu, ikut keperluan badan masing-masing)

- balance minum air akar tradisional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah, dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.

- dengan pengamalan air akar tradisional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak, dan tiada masalah sembelit, yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.

- sila makan makanan rebus dan bakar sahaja!!! minyak-minyak ni tak elok untuk rahim, miss v, dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.

Image via Sahira Lim

- lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan (ini doktor yang pesan ya tapi memang berkesan).

- (bagi yang sembelit) sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan ini kita bagi pendapat bedasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.

- jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan "horny" kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.

- amalkan ikan haruan hidup dan pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam "ot".

- elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.

- makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!!! Lauk banyak takpe janji nasi sikit.

- balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je (ini pantang Ira, pantang korang, buat cara korang ye).

- jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja) hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.

- elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.

- urusan anak serahkan pada family. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.

Image via Sahira Lim

2 - perbuatan yang mengundang anda bentan / badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit.

- jangan menyapu / vacuum.
- jangan basuh pinggan.
- jangan sidai baju.
- jangan angkat bath tub anak.
- jangan kemas rumah.
- jangan langgar pantang makan minum.
- jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni.
- jangan dukung anak kecil atau kucing.
- jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.
- berbengkung selepas setahun bersalin.
- amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.
- amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.

Image via Sahira Lim

- berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration. 44 hari tempoh berpantang bukan tak minum air langsung. Nak ikut, ikut. Kalau rasa tak boleh ambik mana yang elok.

Ini tips berpantang keturunan Ira. Keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping, dan sihat walaupun dah tua.

- Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully breastfeed tanpa miss sehari pun.

Nah ini tips berpantang Ira! Boleh amalkan. Nak share pun boleh!

Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula inshaAllah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!

Goodluck!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga...

You may be interested in: