'Kami Lebih Gembira' - Wanita Ini Kongsi 12 Kelebihan Didik Anak Tanpa TV Di Rumah
Tak sangka hasilnya begitu memberangsangkan.
Pernah bayangkan hidup tanpa TV?
TV atau televisyen sudah menjadi satu keperluan dan perkakas elektronik yang wajib ada di setiap rumah. Kalau zaman dulu, sesiapa yang mampu memiliki sebuah TV di rumah boleh dianggap kaya dan berharta. Tapi sekarang, setiap rumah pun ada TV, malah rumah yang tak ada TV boleh dianggap luar biasa.
Zaman sekarang ni, boleh ke hidup tanpa TV?
Lebih-lebih lagi kalau dari kecil dah didedahkan dengan TV, memang susahlah nak "buang" TV daripada kehidupan seharian
Begitulah apa yang dialami oleh Widyana Ali, yang mana dia dan anak-anaknya dahulu merupakan penonton TV tegar. Widyana menganggap bahawa TV-lah yang menjadi pengikat kasih sayang di antara dia, suami, dan anak-anak.
Namun lama-kelamaan, persepsi tersebut berubah bila anak-anaknya mula membesar. Lalu beliau pun terfikir, "Bagaimana agaknya hidup tanpa televisyen di rumah?"
Widyana nekad ingin mencuba sesuatu yang tak pernah dicubanya selama ini, iaitu hidup tanpa TV bersama anak-anak. Pada mulanya, cabaran itu tampak begitu sukar.
Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan "idiot box" untuk TV. Baru sekarang nak cari kenapa TV ni dipanggil idiot box.
Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu.
Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama-sama menonton drama/filem. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak tiba pula slot drama sampai maghrib.
Namun, pendekatan yang dipraktik oleh beliau bersama suami perlahan-lahan membuahkan hasil. Malah, beliau sendiri tak sangka dengan hasil yang didapatinya.
Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Bila anak-anak dah semakin membesar. Saya dan suami mula fikir nak cuba hidup tanpa TV. Hasilnya?
1. Anak-anak kurang tantrum.
2. Anak-anak senang dengar arahan.
3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan.
4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft dan gembira melompat bila mama minta bantu di dapur.
5. Senang mendengar nasihat.
6. Hidup lebih gembira rupanya.
Bukan setakat lebih gembira, kehidupan Widyana sekeluarga kini lebih akrab kerana masing-masing berkomunikasi antara satu sama lain dan meluangkan masa bersama-sama
Kesan baik untuk saya dan suami:
1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV.
2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.
3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak-anak dan motivasi.
4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.
5. Senang nak solat di awal waktu.
6. Banyak masa untuk borak-borak dengan suami dan anak-anak.
Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah
Selepas setahun lebih survive tanpa TV, Widyana menggalakkan pasangan ibu bapa lain untuk menggunakan pendekatan yang sama
Kepada kawan-kawan, cubalah 'buang' TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak-anak.
Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah, silakan.
Nota: Dulu- dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!