seismik

'Bila Nak Ada Anak?' - Wanita Ini Rasa Sayu Disoal Soalan Sama Sepanjang 6 Tahun Berkahwin

Bukan semua orang selesa ditanya sebegini.

Cover image via Zana Adieyza/Facebook

"Bila nak ada anak?'

Mungkin itu antara soalan yang sering diajukan buat pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Biasalah jika sudah berkumpul saudara-mara yang sudah lama tak berjumpa, mestilah soalan ini antara yang akan ditanya.

Nak nak musim raya ni betul tak? Bagi mereka yang sudah lali saban tahun diajukan dengan soalan begini pastinya akan tenang dan tak mahu ambil peduli. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi sebenarnya itulah soalan dan alasan buat sesetengah orang beranggapan "yelah awak tu tak ada anak lagi boleh lah...bla bla bla"

Ayat-ayat sebeginilah yang sebenarnya membuat pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin terasa.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh Zana Adieyza di laman Facebook. Hatinya sayu apabila diajukan soalan sebegitu.

[ YE, KAMI BELUM ADA ANAK SENDIRI..... ]

- Memang la boleh berbelanja lebih, tak ada anak lagi kan..
- Memang la rumah kemas jer, tak ada anak yg nak sepahkan..
- Memang la boleh cuti raya lama, tak ada anak sekolah kan..
- Memang la boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah2 nak bawak anak kan..
- Memang la boleh gambar berdua sweet2, tak ada anak yg kacau kan..
- Memang la boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama2 kan mana kan..

Sekarang ni Zana nak tanya,
"Salah ke kami suami isteri dapat rasa semua nikmat rezeki tu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak tu membataskan kehidupan awak?"

Jangan ingat yg tak ada anak ni semuanya boleh belanja mewah, kita tak tau belanja dan simpanan dia macam mana.. Kita tak tau apa perancangan hidup mereka.. Kita tak tau apa2 sebab kita orang luar.. Kita tak tau apa perasaan mereka setiap kali soalan "bila nak ada anak?" tu ditanya..

facebook.com

Baginya siapa sahaja pasti berasa sayu sekiranya sudah lama berumahtangga tapi tidak dikurniakan anak. Tambah sedih, apabila soalan itu ditanya di hadapan orang ramai dan ditertawakan seolah-olah pasangan tersebut serba kekurangan.

Kebanyakan pasangan yg masih menanti rezeki anak ni, sangatlah bahagia.. Diberi rezeki utk lebih mengenal hati pasangan.. Sebab tu secara automatik kita akan nampak pasangan ni lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua..

Sedih? Tipu kalau tak ada rasa sedih tu, tapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih tu sekejap sangat.. Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, berusaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki drpd Allah..

Percaya tak hampir semua yg belum ada anak ni, bila diasak dengan soalan "bila nak ada anak" ni akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum ada anak.. Sebab soalan2 tu la kebanyakan mereka jadi sayu hati, rajuk hati, menjauh diri dan rasa rendah diri..

Lagi sedih bila soalan tu ditanya di hadapan orang ramai.. Diusik seolah2 suami isteri ni berdosa berkahwin tanpa anak.. Diketawakan seolah2 pasangan ni serba kekurangan..

facebook.com

Beliau bukanlah berniat untuk meminta simpati tetapi lebih kepada menghormati. Katanya, cuba letakkan diri kita dahulu di tempat orang-orang seperti ini sebelum berkata sesuatu.

Maaf yer.. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama2 belajar menghormati..
Hormati perasaan orang sekeliling kita.. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.. Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita..

Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..
Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah..

Yang dah ada anak, bersyukur ada anak.. Anak adalah saham akhirat kita.. Betapa bertuahnya mempunyai anak yg mampu mendoakan kita setiap hari.. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak..

Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar.. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Allah bagi peluang kita utk lebih meluangkan masa bersama insan yg sudi terima baik buruk diri kita.. Allah bagi kita masa lebih utk lebih dekat kepada-Nya..

"Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita.." katanya.

Yakinlah Allah bagi apa yg kita perlu dan bukan apa yg kita mahu.. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak..

Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita..

Belajar menerima Qada dan Qadar Allah.. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih indah..

Zana & Adiey,
Trying To Conceive (TTC) for 6 years.

facebook.com

Hal jodoh dan rezeki itu kan di tangan Tuhan. Pada kami tak salah bertanya, cuma mungkin cara bertanya tu yang tak kena. Apa-apa pun kami doakan buat semua pasangan di luar sana semoga diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan kekal bahagia selamanya =)

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel menarik di SINI:

You may be interested in: