seismik

10 Perkara Ibu Bapa Mesti Soal Bila Kita Cakap "Saya Nak Kahwin"

"Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dgn siapa? Dengan siapa saja."

Cover image via SAYS.com

1. Dah cukup duit ke nak kahwin? Atau buat 'loan' bank?

Image via giphy.com

Nak kahwin memang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Duit selalu menjadi isu yang paling penting dalam membina rumah tangga. Mana-mana ibu bapa pun mesti tak mahu tengok anak mereka terhimpit dengan hutang keliling pinggang.

2. Bangun Subuh pun susah, nak jadi imam keluarga?

Image via gfycat.com

3. Masak pun tak reti, nak kahwin?

Image via giphy.com

Yelah, kalau tak reti masak macam mana nak siapkan makan minum suami dan anak-anak. Bukankah itu tanggungjawab seorang isteri?

4. Quran dah khatam ke belum? Berapa kali?

Image via theglow.com.au

Ini paling penting! Sebab ini menunjukkan sama ada seseorang itu ada asas agama atau tidak.

5. Bilik pun macam "tongkang pecah", ada hati nak kahwin?

Image via buzznet.com

6. Lepas kahwin nanti nak makan apa? Makan pasir?

Image via gfycat.com

Duit semua habis kat majlis perkahwinan yang meriah. Bila duit dah tak ada lepas kahwin, makan biskut marie cicah pasir jelah kot.

7. Betul ke nak kahwin? Kucing tu pun mak kena ingatkan bagi makan.

Image via gfycat.com

Tanggungjawab sebagai suami isteri memang besar dan soal pemberian nafkah itulah yang paling utama. Jangan lupa bagi anak bini makan sudah la ya.

8. Boyfriend/girlfriend asal mana? Kerja apa? Gaji berapa?

Image via imgur.com

Kalau bakal menantu seorang doktor atau peguam, mesti dapat 'approval' terus. Silap-silap majlis perkahwinan pun mak bapak 'sponsor'.

9. Lepas kahwin nak duduk mana? Jangan nak tumpang rumah orang (mertua) pulak.

Image via mrwgifs.com

Duit yang terkumpul sebelum kahwin tu janganlah habiskan terus kat 'wedding'. Rancang kewangan betul-betul dan pastikan boleh terus 'settle down' dengan pasangan lepas kahwin.

10. Gelak yang sangat lama. Serius?

Image via imgur.com

Agak-agak sentap tak kalau kena macam ni?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: