seismik

Wanita Tak Tutup Aurat Dilarang Berniaga Di Kelantan. Bagaimana Pula Orang Bukan Islam?

Jika tidak tutup aurat, anda tidak boleh terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Cover image via lensamassa.wordpress

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Kelantan Mencetuskan Satu Lagi Kontroversi Dengan Memberi Amaran Akan Menguatkuasakan Kod Pakaian Islam Kepada Mereka Yang Terlibat Dalam Perniagaan

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

mstar.com.my

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

mstar.com.my

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Wanita MPKB, Nor Azariza Mohd Alawi, Peraturan Itu Dilaksanakan Atas Aduan Orang Ramai Sebelum Ini

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.

antarapos.com

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Wanita MPKB, Nor Azariza Mohd Alawi.

Image via Facebook Nor Azariza

"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

mstar.com.my

Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.

antarapos.com

Peniaga Bukan Islam Turut Tidak Terkecuali. Selain Boleh Didenda, Mereka Juga Perlu Menghadiri Kursus Tentang Cara-Cara Menjalankan Perniagaan Dari Perspektif Islam.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

mstar.com.my

Nor Azariza berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.

antarapos.com

"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya lagi.

mstar.com.my

Setakat Ini, Seramai 34 Pesalah Telah Didenda Sejak September Dan Seramai 3,000 Peniaga Telah Mengambil Bahagian Dalam Kursus Yang Dinyatakan. Kempen Ini Akan Berakhir Pada Disember 2014.

Gambar sekadar hiasan.

Image via mstar.com.my

Setakat ini, seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.

antarapos.com

Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda. Beliau berkata tindakan keras di Kota Bharu itu akan berakhir pada Disember depan.

mstar.com.my

Selain Ops Gempur Aurat, Kelantan Juga Turut Laksanakan Undang-Undang Yang Belum Ada Di Negeri Lain. BACA SINI:

You may be interested in: