seismik

Wartawan Majalah 3 Terkedu Kambing Makan Baju Semasa Shooting. Tahu-Tahu Dah Singkat!

Kisah baju kena kunyah dengan kambing.

Cover image via Izzati Lockman (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Korang pernah nampak tak kambing makan baju?

Ya, itulah terjadi kepada seorang wartawan yang menjadi mangsa kambing aneh di kandang kambing Temasek Agro

Izzati yang merupakan wartawan rancangan dokumentari Majalah 3 mengalami gangguan aneh oleh dua ekor kambing semasa melakukan penggambaran.

Dia telah berkongsi kejadian tersebut melalui akaun Facebook miliknya.

Menerusi temu bual bersama SEISMIK, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menemu bual salah seorang pekerja di kandang tersebut.

Namun, tanpa dia sedari ada dua ekor kambing yang menghampirinya dan telah mengunyah baju miliknya seperti mengunyah rumput.

Habis koyak semua baju dibuatnya

Setelah menyedari perkara tersebut, Izzati pun membiarkan saja kambing itu membuat kerja kerana bajunya telah pun rompong. Bukan setakat baju, malah tali kasut, seluar dan tudung juga digigit kambing itu. Namun, dia berjaya menyelamatkannya.

"Awal-awal tak perasan, senyap-senyap saja dia buat kerja, tapi jadi perasan sebab rasa baru ditarik-tarik, sebab dia dah kunyah sampai ke atas. Last-last pasrah je",
 kata Izati.

Tambah Izzati lagi, dua ekor kambing itu dinamakan sebagai Wasim dan Alia. Kambing yang bernama Wasim itu digelar Si Ropol oleh pengikutnya. Hal tersebut disebabkan perangai kambing itu yang suka menggigit.

"Risau jadi trend untuk fesyen raya tahun 2024, ala-ala Tarzan! Adui Wasimmmmm!" - Netizen

Kelihatan netizen turut terhibur dengan kejadian aneh itu. 

Berikut merupakan antara komen menarik netizen daripada Facebook:

Lihat video penuh di sini:

Hmm, terpaksalah beli baju baru :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: