Orang Pelik Tanya Mana Sebenarnya Negara Israel? Ini Sejarah Sebenar Yang Patut Anda Tahu
Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ramai yang tertanya-tanya bagaimana wujudnya negara Israel
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian oleh Abdul Razak Ramli di Facebook yang memaparkan kisah sejarah Israel dan keturunan warganya.
Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula daripada Nabi Ishak, lahirnya kaum Bani Israel. Nabi Ishak memiliki anak benama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan Al-Quran (Surah Yusuf:4).
12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku daripada Bani Israel. Salah seorang anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran bermula dengan aduan mimpi baginda kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.
11 bintang itu merujuk kepada adik beradik Nabi Yusuf, matahari dan bulan pula merujuk kepada ibu dan ayahnya. Adik beradik Nabi Yusuf dengki kepadanya lalu mencampaknya ke dalam perigi. Daripada situ, Nabi Yusuf dikutip oleh pedagang dan dijual ke Mesir. Di sinilah bermulanya kisah Bani Israel di negeri Mesir.
Tidak lama kemudian, Nabi Yusuf mendapat posisi penting dalam kerajaan Mesir yang dipimpin oleh puak Hyksos. Baginda AS menjadi perbendaharaan negara Mesir. Seluruh ahli keluarga baginda tinggal bersamanya di Mesir. Adik-beradiknya pula akhirnya bertaubat.
Selepas Nabi Yusuf wafat, bermulanya era keluarga Firaun
Puak Hyksos dikalahkan oleh Ramses I yang merupakan golongan Firaun. Bermula era pemerintahan kaum Qibti dengan pengenalan nama Firaun. Ketika ini, Bani Israel yang merupakan peninggalan Nabi Yusuf diseksa dan dibunuh akibat mimpi Firaun bahawa kerajaannya akan musnah dalam tangan Bani Israel.
Selepas itu, lahirlah Nabi Musa yang menetap di istana Firaun. Nabi Musa dan adiknya Nabi Harun diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun. Nabi Musa pernah menumbuk seorang Qibti kerana ingin mempertahankan kaumnya.
Tidak lama kemudian, Nabi Musa dan Nabi Harun memimpin Bani Israel keluar dari Mesir sambil dikejar oleh tentera Firaun. Firaun mati tenggelam pada ketika itu namun Bani Israel terselamat. Mereka menuju ke Palestin dan diarahkan oleh Allah berperang melawan kaum Jabbarin yang membuat kerosakan dalam Palestin. Bani Israel ingkar arahan Allah. Mereka tidak mempunyai negara seperti sebelumnya.
Kemudian, masa pun berlalu dan lahirlah pula Nabi Daud AS. Nabi Daud pernah berperang melawan tentera Jalut di Palestin melalui kepimpinan Talut. Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut.
Bani Israel masuk ke Palestin dan Talut menyerahkan jawatan penguasa kepada Nabi Daud kerana baginda dilantik menjadi Nabi. Pada masa itu, Jerusalem menjadi ibu kota Palestin. Ketika itu, Bani Israel menjadi mulia.
Beberapa tahun kemudian, Nabi Daud wafat. Lahirlah pula Nabi Sulaiman AS yang memimpin Bani Israel. Kerajaan Nabi Sulaiman lebih hebat dan besar. Baginda membina masjid untuk Bani Israel. Bani Israel mulia pada zaman ini kerana patuh pada Nabi Sulaiman AS.
Namun, setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak mengutuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.
Allah menghantar Nabi Isa untuk memimpin mereka namun mereka ingkar dan cuba membunuh baginda
Allah menghantar Nabi Isa AS di Bethlehem untuk memimpin Bani Israel. Sebahagiannya ingkar dan melakukan percubaan membunuh Nabi Isa. Nabi Isa diangkat oleh Allah. Bani Israel hilang pedoman lagi dan mereka menanti pula Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam taurat dan injil.
Mereka melihat tanda Nabi akhir zaman lalu berhijrah ke Yathrib kerana mengkaji tanda-tanda tersebut. Sekian lama menunggu, Nabi Muhammad lahir daripada bangsa Arab. Bani Israel terus ingkar lalu bermusuh dengan Nabi Muhammad.
Zaman Nabi Muhammad, kaum Yahudi dihalau keluar dari Madinah dan Khaibar selepas perang Ahzab dan perang Khaibar. Lalu sekali lagi mereka berserakan di atas dunia seperti ke Eropah dan Afrika. Mereka dihina kerana tidak mengikut ajaran Islam.
Pada zaman Saidina Umar, Palestin dibuka oleh umat Islam. Palestin menjadi milik Islam setelah berperang melawan Rom. Waktu ini tiada berita mengenai orang Yahudi. Sejarah dipenuhi dengan pertembungan antara agama Islam dan Kristian sahaja.
Kemudian, Kristian tawan semula Palestin. Lalu lahirlah tokoh Islam bernama Salahuddin al-Ayyubi dari bangsa Kurdi mengalahkan Kristian di Palestin dalam banyak siri Peperangan Salib. Umat Islam kembali memiliki tanah Palestin daripada golongan Kristian. Namun ketika itu bukan Bani Israel yang berperang.
Pada zaman moden, Palestin diperintah oleh Islam sehingga zaman Uthmaniyyah. Palestin di bawah kekuasaan Syam pada waktu itu. Kerajaan Uthmaniyyah kalah semasa perang dunia pertama. British dan Perancis pada ketika itu membuat perjanjian Sykes-Picot untuk bahagikan tanah Islam.
Palestin diserahkan kepada British. Tahun 1917, British lakukan deklarasi Balfour dengan menyatakan Palestin diserahkan kepada orang Yahudi. Bermulalah era orang Yahudi bertapak di Palestin. Sebelumnya pada awal tahun 1900, Theodore (Yahudi Zionis) mohon Khalifah jual tanah Palestin untuk langsaikan hutang.
Masa pun berlalu, berlaku peristiwa Nakbah 1948. Imigrasi besar-besaran kaum Yahudi masuk ke Palestin melalui bantuan UK. Mereka mengumpulkan semula orang Yahudi yang bertebaran di Afrika dan Eropah untuk masuk ke Palestin. Populasi mereka semakin meningkat.
Sehingga hari ini, pelbagai siri serangan dan perang seperti Yom Kippur telah berlaku hanya kerana mahu menempatkan kaum Yahudi di Palestin. Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.
Sumber: Abdul Razak Ramli (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!