seismik

Tak Sangka Air Melimpah Ke Dalam, Pengunjung Panik Terperangkap Dalam Lif Di Sebuah Mall

Bahaya ni, siap ada bayi.

Cover image via @theandyands (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banjir kecil telah melanda beberapa kawasan semalam termasuklah berdekatan Subang di Selangor

Banyak tempat di negeri itu dapat dilihat mengalami banjir melalui video-video yang dimuat naik di media sosial. Antaranya Kota Warisan di Sepang, Subang, Bangi, Gombak dan beberapa kawasan lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga terperangkap dalam lif sebuah pusat beli-belah di Subang telah mencuri tumpuan.

Difahamkan, tempat itu berada di Subang Parade. Tempat parkir kereta di situ telah dilanda air dan menyebabkan banjir.

Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah apabila air melimpah ke dalam lif sehingga membuatkan pengunjung basah.

Lebih menakutkan lagi adalah apabila mereka dilihat seperti terperangkap dalam lif banjir itu kerana pintu lif hanya dibuka sedikit.

"Mesti berdebar masa nak hadap situasi ni, tak terbayang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 23K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Malah, ramai juga yang meluahkan perasaan cemas mereka melihat video itu. 

Berikut merupakan komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@theandyands

My family and I, along with a few others were caught up in this terrifying setting at Subang Parade yesterday. Imagine being trapped in the lift for a few minutes while rain water poured all over you. It make sense if the basement car park or even the mall were flooded, but inside the lift? What the hell is that?!! I hope @Subang Parade management takes action and properly maintains their mall. #subangparade #subang #banjir #flooded #stuckinlift #raining #monsoonseason #shitshow #sunday #horrifyingexperience #emergency

Creepy, scary, horror, synth, tension - Sound Production Gin

Kesian family ni, korang pun kena berhati-hati ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: