seismik

Ramai Hilang Akal Tengok Dua Individu Masukkan Tilam Saiz Single Dalam Dobi Layan Diri

Dah tau tak muat, nak juga paksa.

Cover image via @Cool_Wannabe82 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, perkhidmatan dobi layan diri semestinya memudahkan kerja ramai pengguna

Apabila basuh baju di dobi layan diri, kita boleh keringkan baju sekali. Ia bukan saja memudahkan kerja menyidai kain, sekali gus menjimatkan masa bukan? 

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video di laman X yang memaparkan dua individu memasukkan tilam bersaiz single ke dalam mesin basuh. Lelaki itu dilihat menggulung dan melipat tilam itu untuk memuatkan ke dalam mesin basuh. Dia juga dibantu oleh rakan wanitanya. 

Dia bukan saja menggunakan satu mesin basuh, malah dua mesin untuk membasuh tilamnya itu. Pintu mesin basuh itu tidak boleh ditutup kerana melebihi muatan. 

"Orang kata tak semua mampu tanggung pendidikan tapi tulah logik dengan tak logik pun tak boleh beza pedih mat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M views, 5K reposts dan 3K likes di laman X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, mereka mengecam tindakan dua individu tersebut. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di laman X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Mungkin mereka first time pergi dobi layan diri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: