seismik

Kes Buli MCKK: PIBG Kesal Tindakan Ibu Bapa Tularkan Kejadian & Cemar Imej Kolej

PIBG MCKK mendakwa tindakan menularkan kejadian itu telah memberi imej buruk kepada institusi sekolah.

Cover image via @NanaZamri (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X yang membabitkan kes buli di sebuah sekolah berprestij

Seorang wanita yang dipercayai kakak kepada mangsa menerima panggilan sekitar jam 3 pagi yang menyatakan adiknya mengalami kecederaan serius dan terpaksa dibawa ke Hospital Taiping dari The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 

Pada ketika itu, adiknya masih menutup mulut dan tidak bercerita tentang apa yang terjadi sehinggakan doktor yang paksa mereka sekeluarga untuk membuat laporan polis kerana kecederaan yang serius. 

Rupa-rupanya, cedera pada bahagian sulitnya itu didakwa berpunca daripada kes buli di sekolah tersebut. 

Seluruh pelajar tingkatan empat telah dipanggil oleh senior tingkatan lima mereka untuk berkumpul di bilik pada jam 12.20 pagi. Semasa kekecohan itu, salah seorang senior didakwa bergaduh sehingga bahunya terkena bahagian sulit mangsa. 

Mangsa seterusnya jatuh sakit, beberapa pelajar meneruskan memukul dan menyepak sehinggakan dia tidak memberi respon. Mujur, mangsa setelah itu dijumpai oleh warden dan dibawa ke hospital.  

Keluarga mangsa tidak puas hati dan tuntut keadilan

Pelbagai mesyuarat telah dihadiri keluarga mangsa dan keluarga pelaku untuk mencapai satu kata sepakat namun nasib tidak menyebelahi pihak keluarga mangsa. 

Tidak ada satu hukuman pun yang dibuat terhadap pelaku. Setiap janji yang dibuat juga tidak ditepati. 

Image via @NanaZamri (X)
Image via @NanaZamri (X)
Image via @NanaZamri (X)
Image via @NanaZamri (X)
Image via @NanaZamri (X)
Image via @NanaZamri (X)

Susulan itu, PIBG MCKK tampil mengecam tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah berkenaan

Menurut sumber, PIBG menganggap tindakan menularkan kes itu di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada institusi sekolah berkenaan secara keseluruhan.

“PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” katanya.

PIBG sekolah itu juga menyelar apa yang dikatakan cubaan campur tangan dalam pengurusan sekolah.

“Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid tingkatan empat jika keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah terhadap pelajar terbabit tidak diubah.

“PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan Pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid tingkatan empat,” kata kenyataan itu semalam.


Difahamkan, pihak polis kini sedang menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 berkenaan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: