seismik

[VIDEO] Dapat Panggilan Ada Kes Bersalin, Doktor Berjaya Selamatkan Ibu Beranak Dalam Lori

Alhamdulillah.

Cover image via @alepzaki (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu hamil sudah tentu membuat pelbagai persiapan semasa bersalin nanti

Namun, tak semuanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Kemungkinan besar juga ibu-ibu hamil akan beranak awal.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di X yang memaparkan seorang doktor dan pasukannya menyelamatkan ibu mengandung dan bayinya di sebuah lori yang berada di atas lebuh raya.

Doktor tersebut berkongsi pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai doktor.

“Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori, lokasi LPT KM 121 hala Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2 hingga 3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst,” tulisnya.

Image via @alepzaki (X)

Pasukannya berteka-teki dengan keadaan ibu dan bayi semasa dalam perjalanan di ambulans. Sampai saja di lokasi tersebut, kelihatan dua orang pegawai polis trafik menjaga lalu lintas dan pintu lori terbuka luas. 

Ketika itu, mereka nampak atas rumput ada pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau itu memang tidak disangkal kepekatannya. Mereka bergegas ke dalam lori setelah diberitahu pasangan wanita hamil itu. 

Image via @alepzaki (X)
Image via @alepzaki (X)

"Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata dan ada jasad kecil d icelah kangkang. Hati dah berdebar"

Doktor dan pasukannya lega apabila wanita itu menyahut panggilannya.

"Mata beralih ke si anak pula, nampak tak bergerak. Alamak. Aku pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar", katanya.

Image via @alepzaki (X)

Prosedur potong tali pusat dan lain-lain terus dilakukan. Bayi tersebut dibungkus dengan kain tuala dan dibawa keluar daripada lori. Pesakit diambil alih petugas lain untuk mencuci darah dan periksa tahap koyak. 

Image via @alepzaki (X)

"Ambulan selesai buat u-turn, pesakit dan bayi dimasukkan dan perjalanan ke dewan bersalin HoSHAS diteruskan. Terima kasih pihak LPT, polis trafik dan staf labor room HoSHAS kerana memudahkan urusan. Pengalaman sepanjang hayat", tulisnya.

Image via @alepzaki (X)

"Terima kasih atas jasa tuan, puan jururawat dan semua abang trafik yang membantu. Kalian the best!" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 41K views, 796 reposts dan 966 likes di X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di X:

Image via @alepzaki (X)
Image via @alepzaki (X)

Lihat posting penuh di bawah:

Alhamdulillah, terima kasih doktor dan pasukan yang membantu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: