seismik

Viral Ramai Panik Sebab Pantai Morib Terbakar, Ada Yang Dakwa Berpunca Dari Bara Api BBQ

Kena pula dengan ribut angin masa tu.

Cover image via @bulat.com0 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini berkenaan video yang memaparkan Pantai Morib terbakar

Video klip yang berdurasi 12 saat itu menunjukkan situasi sebelum dan selepas kejadian. Dapat dilihat semasa api membara, ramai yang berdiri di sekeliling api untuk melihat. Namun, selepas itu angin kencang meniup bara api sehinggakan ia merebak ke merata kawasan.

Pengunjung yang camping di situ dilihat bergegas menyelamatkan diri daripada api tersebut. Malah, khemah mereka juga dilihat berterbangan akibat daripada angin yang kuat.

Ada yang mendakwa bara api tersebut berpunca daripada BBQ, selain itu beberapa netizen juga mendakwa api tersebut daripada upacara keagamaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini punca sebenar api membara itu belum dapat dikenal pasti lagi.

"Pernah juga kena gitu kat Morib konon buat unggun api sekali ditiup angin semua cabut lari” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 89K tontonan, 568 tanda suka dan 40 komen di TikTok, rata-rata netizen tertanya-tanya punca api merebak itu. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@bulat.com0

malam minggu punya pengan tengah santai2 bbq sekali angin dtg #pantaimorib #fypviral #fyp

bunyi asal - Bulat.com - Bulat.com

Bahayanya tengok, dengan angin kuat macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: