Wanita Ini Kongsi Tips Cara ‘Host’ Majlis Hari Jadi Anak-Anak Di Balai Bomba. Seronok!
Best sampai tak nak balik budak-budak tu.
Bila tibanya hari jadi anak, ibu bapa mesti pening fikir mana nak sambut hari istimewa tersebut
Kebiasaannya, ibu ayah akan mengadakan majlis hari jadi di restoran bukan? Makan di kedai favourite anak-anak sambil menyambut hari jadi.
Kalau anda nak tahu, baru-baru ini tular posting di Facebook yang memaparkan seorang wanita mengadakan majlis hari jadi anaknya di balai bomba telah mencuri tumpuan.
Anaknya dan rakan-rakan sangat teruja serta seronok kerana bukan saja dapat menyambut hari jadi, malah boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik.
Nak tahu cara mengadakan majlis hari jadi di balai bomba? Jom baca artikel di bawah!
1. Pilih lokasi balai bomba
Pastikan anda pilih lokasi balai bomba dulu. Anda boleh menelefon ke nombor pejabat balai bomba berkenaan untuk bercakap dengan pegawai. Pilih tarikh yang available untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi.
Pastikan anda membuat perancangan awal kerana ada sesetengah balai bomba yang popular dan sentiasa penuh seperti Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas.
2. Tulis surat permohonan untuk memohon kebenaran
Nyatakan butiran penting seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh dihantar melalui e-mel atau serahan tangan di balai bomba.
Sementara itu, anda perlu tunggu kelulusan dalam seminggu atau dua. Perlu beringat anda berurusan dengan bomba ya, bukan event space.
3. Setelah lulus, jangan lupa ingatkan tetamu untuk membawa tuala dan baju lebih
Disebabkan pelbagai aktiviit menarik yang disediakan oleh bomba, anak-anak yang hadir bakal basah kerana mereka akan melakukan aktiviti seperti fire safety demo, menaiki fire truck dan mandi pili bomba.
"Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abang bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar untuk bertugas" tulis wanita itu.
4. Ibu ayah boleh buat persediaan dari segi makanan, kad jemputan dan lain-lain
Wanita ini membuat kad jemputan melalui RSVP menggunakan Canva. Makanan seperti menu ringkas juga ditempah. Jangan lupa makanan untuk abang-abang bomba.
Ini merupakan antara tempahan yang dibuat oleh wanita itu:
Katering favourite kami zaman-berzaman : Himawari Catering
Birthday kek: Kek fire truck yang comel dari Zoora Cake Station
Pillar Balloon: Cakewhat
Photographer: Anas Malek
Booth ice-cream: MamaCt IceCream
Banner: Shopee
Kostum bomba: Shopee
Helmet bomba untuk semua kids: Shopee
Goodies Puzzle Fireman: Shopee
Meja kerusi kami sewa dari Shah Alam
Bestnya, lepas ni dah tau mana nak sambut birthday anak!
Tiada sebarang caj bayaran dikenakan. Namun, hulurlah sedikit sebagai tanda penghargaan kepada abang-abang bomba tau. :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!