seismik

Muka Tertutup Dengan Tanjak, Budak Ini Tak Putus Asa Teruskan Persembahan Dikir Barat

Step masih betul tu, power!

Cover image via @miftaa.mj (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kita akan tertunggu-tunggu masa persembahan kalau pergi ke sesebuah majlis

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan budak tadika membuat persembahan Dikir Barat di sebuah pusat beli-belah telah mencuri tumpuan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak tadika sedang membuat persembahan sambil mengenakan pakaian tradisional.

Apa yang membuatkan ramai tak sangka adalah muka salah seorang budak yang berada di hujung dilihat tertutup dengan tanjak songketnya.

Dia kelihatan tidak berhenti membuat tarian dan meneruskan persembahan dengan profesional. Gerak-gerinya juga sama seperti rakan yang lain dan tidak membuat sebarang kesilapan.

"Tak sekarang ni siapa cikgu dia yang ajar tarian memohon sembah ni lama sangat!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 326K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan komen netizen daripada TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@miftaa.mj

Semangat adekk,tetap fokus gerak walau apapun terjadi #fyp #fy

bunyi asal - haa - haa

Bagus lah dik, kalau admin mungkin dah gelabah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: