seismik

Permaisuri Agong Usap Perut Ibu Mengandung, Netizen Teruja Tengok Wanita Bertuah Ini

Rezeki baby dapat jumpa Tunku Permaisuri.

Cover image via @asmalynaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sifat ramah dan keibuannya

Sebab itu, ramai rakyat Malaysia yang sayang kepada Tunku disebabkan sifatnya yang penyayang dan juga peramah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita mengandung terserempak dengan Tunku telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@asmalynaa

Rezeki berjumpa dengan Tuanku Permaisuri Agong tersangat peramah orangnya #permaisuriagong #tiktokmalaysia

original sound - Ci’naa - Ci’naa

Tak sangka Tunku sangat peramah sambil usap perut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita mengandung terserempak dengan Permaisuri Agong di lokasi yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu sempat menyalam Tunku tanda hormat. Sementara itu, Tunku sangat ramah dan mengusap kandungan wanita itu sebelum mengajaknya bergambar sekali. 

"Walaupun orang lain yang mengandung muka permaisuri agong yang excited. Hati baik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 363K tontonan, 17K tanda suka dan 243 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baiknya, happy mak dia dapat berkat daripada Tunku! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: