seismik

Ramai Sangka Skyline Luge Gamuda Telah Dibuka, Rupanya Tertipu Dengan Video Gadis Ini

Skyline Luge Gamuda dekat Rawang belum buka lagi tau guys!

Cover image via @nellsunny (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak lama lagi, Gamuda Garden di Rawang akan melancarkan sebuah attractions yang dinantikan ramai

Namun, ramai yang telah menaiki skyline luge di luar negara lalu membuat video yang menampakkan seolah-olah di Gamuda Gardens. 

Termasuklah video seorang gadis dan rakan-rakannya yang menaiki skyline luge di luar negara telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:  


Letak caption lokasi di Rawang, ramai yang tak percaya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis bersama rakan-rakannya sedang menaiki sebuah attractions iaitu skyline luge. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu dan rakan-rakannya menulis caption video tersebut di Gamuda Gardens, Rawang. Namun begitu, itu bukanlah lokasi sebenar. Lokasi sebenar mereka adalah di Korea. 

Skyline luge di Gamuda Gardens juga belum dibuka untuk orang ramai setakat ini. Kemungkinan besar tempat itu akan dibuka hujung tahun 2023. 

Image via Gamuda Gardens

"Hm jangan gula-gulakan kami tempat tu view highway bukan laut" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 189K tontonan, 7K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Skyline Luge dekat Rawang tak buka lagi tau, jangan tertipu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: