seismik

"Kedai Macam Legit" - Wanita Ini Tak Sangka Kena Scam Ribuan Ringgit Beli Barang Bayi

Ada yang kena scam sampai RM2,500.

Cover image via @fifahazam (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata sudah pasti akan rasa teruja dengan kehadiran bayi mereka

Pasangan yang baru menjadi ibu ayah sudah tentu seronok dan membuat pelbagai persiapan dengan membeli barangan bayi. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan seorang wanita kena scam semasa membeli barangan bayi telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Bukan setakat seorang yang kena scam, tapi ramai sehingga hilang beribu ringgit

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan perasaan kecewanya kerana ditipu oleh kedai menjual barangan bayi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ramai sebenarnya tertipu dengan kedai itu. Kedai yang dikenali Babydots tersebut kelihatan seperti kedai yang sah, siap mempunyai customer service dan websites yang kukuh.

Namun apabila semak di Google Review, rupa-rupanya ramai yang pernah ditipu sehingga beribu ringgit. Mereka yang ditipu telah membeli barang bayi seperti stroller namun stroller itu tidak diterima dalam tempoh masa yang lama.

Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)
Image via @fifahazam (X)

Wanita ini juga memberikan pelbagai cara untuk laporkan kepada pihak berkuasa

Harapnya semua lebih berhati-hati selepas ini, kalau boleh beli dekat kedai fizikal saja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: