seismik

"Biggest Scam Ever" - Doktor Kongsi & Pesan Kalau Nak Sihat Bukan Dengan Detox Tea

Elakkan minum sebelum ia memudaratkan.

Cover image via Good Housekeeping & Qraved

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Stigma wanita perlu kurus barulah cantik ini telah diterapkan dalam minda orang ramai

Disebabkan itu, tidak dinafikan ramai wanita berlumba-lumba untuk menjadi kurus supaya dapat tampil lebih cantik dan yakin. Namun, ramai juga yang tidak cakna dalam bab kesihatan sehingga mengambil jalan pintas untuk menjadi kurus. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di X yang memaparkan seorang doktor berkongsi detox tea merupakan produk scam telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Kongsi bahaya minum detox tea dan tak membantu langsung dalam diet

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang doktor berkongsi tentang detox tea adalah produk scam.

Dia menekankan bahawa organ hati dan buah pinggang akan membantu badan kita untuk detox dan bukan detox tea. Kalau nak lebih sihat, minum saja air kosong dan bersenam secara berkala.

Detox tea tidak membantu untuk membuang lemak berlebihan daripada badan anda. Dengan minum detox tea, anda akan kehilangan air dan membuatkan badan anda lebih dehidrasi.

"Ada je detox tea yang ditambah dengan ubat diuretic (ubat lawas kencing).

Sebab tu bila orang tu ambil tea tu, dia hilang berat. Bukan hilang lemak, tapi hilang air dari badan. Ini sangat merbahaya kerana air merupakan antara benda penting dalam badan kita"
, tulisnya.

Image via Qraved

Ingat ya, detox tea tak membantu pun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: