seismik

Netizen Malaysia Berang Dengan Tindakan Individu Pacak Bendera Israel Depan Kedai

Entah apa motif dia.

Cover image via @sekompo_2u (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masih hangat tentang isu pengeboman Israel di hospital Palestin yang telah mengorbankan nyawa ramai orang awam

Disebabkan itu, ramai berpihak dan melindungi warga-warga Palestin kerana mereka tidak bersalah. Semangat mereka mempertahankan keluarga dan negara itu digeruni ramai.

Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia merupakan Pro-Palestin dan tetap memberikan sokongan dan semangat yang kuat kepada mereka yang terkesan.

Namun begitu, baru-baru ini, tular gambar individu memacakkan bendera Israel di depan kedai telah mencuri tumpuan ramai. 

Bendera Israel berkibar di depan kedai yang dipercayai terletak di Bukit Payung, Terengganu. Semua orang tidak tahu apa motif individu tersebut memacakkan bendera itu. Namun, ada juga sumber yang mengatakan pelaku telah meminta maaf.

“Confused dengan bendera kot, tak tahu mana bendera Palestin” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 990K tontonan, 16K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@sekompo_2u

Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..

original sound - Rakhmat75 - @RahmatNovie75

Tak tahulah mana dia dapat bendera tu ya, risau :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: