Kutuk Negara Arab Saudi Secara Online, Lelaki Warga Malaysia Dipenjara
Saifuddin Amri didakwa tweet bahawa dia mengalami kejutan budaya di Arab Saudi selepas menyaksikan 'aktiviti maksiat' di negara itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki Malaysia yang dikenali sebagai Saifuddin Amri, telah ditahan di Arab Saudi selepas dia mengkritik kerajaan tersebut di laman X
Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun @addien90s di laman X yang mendakwa menerima berita itu daripada keluarga Saifuddin. Ustaz Addien merayu kepada kerajaan Malaysia, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk membantu lelaki itu.
Difahamkan, lelaki itu bekerja di Arab Saudi seorang diri manakala isteri dan anaknya berada di Malaysia.
Lelaki itu difahamkan kondem kerajaan Arab Saudi melalui ciapannya di laman X
Akaun laman X Saifuddin Amri telah dinyahaktifkan, tetapi netizen berjaya merakam tangkap layar ciapan kontroversi yang didakwa menyebabkan dia menghadapi masalah dengan pihak berkuasa Arab Saudi.
Dalam ciapannya itu, katanya kegiatan maksiat seperti hiburan, pelacuran dan arak boleh didapati di pasaran gelap di Arab Saudi. Dia juga mendakwa bahawa kebanyakan pendakwah di sana merupakan kumpulan Madkhalis yang setia kepada pemerintah atau raja negara.
Ketika artikel ini ditulis, Wisma Putra dan Menteri Luar Negeri belum mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan dakwaan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!