seismik

Pelajar Ini Digelar ‘Wira Sahur’ Kerana Edar Juadah Sahur & Iftar Buat Yang Tidak Mampu

Mulianya hati.

Cover image via mothership.sg

Bulan Ramadan ialah bulan mulia yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam saban tahun

Gambar sekadar hiasan.

Image via Islam&Info

Mana tidaknya, bulan Ramadan bukan sahaja tertumpu kepada ibadah puasa sahaja. Malah, ia juga dikenali sebagai 'Bulan Ibadah' di mana apa jua perkara baik yang dilakukan oleh seseorang akan dijanjikan pahala berlipat kali ganda.

Antaranya seperti solat terawih, bersedekah, iktikaf pada 10 malam terakhir, memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa dan bersahur serta banyak lagi.

Tahukah anda, sesiapa yang memberi atau menjamu juadah kepada orang yang berpuasa adalah besar ganjarannya?

Gambar sekadar hiasan.

Image via PakiHolic

Seperti sabda Rasulullah yang berbunyi: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” - (Hadis Riwayat at-Tirmidzi).

Sebagai contoh, seorang 'Wira Sahur' di Singapura dikatakan telah mengagihkan makanan sahur buat golongan yang memerlukan termasuk gelandangan

Image via mothership.sg

Kisah tentang pengorbanan 'Wira Sahur' ini telah dikongsikan oleh @BERITAmediacorp yang turut menceritakan tentang cabaran dihadapi oleh lelaki ini yang dikenali sebagai Ruzaini Syazwan Ahmad Sanusi. 

Dia yang juga merupakan pengasas #UmbrellainitiativeSG adalah seorang pelajar sepenuh masa di Singapura.

Bermula bulan Ramadan, rutin harian Ruzaini Syazwan bermula pada jam 2:30 pagi di mana dia akan keluar secara solo untuk membeli makanan sahur dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Dia menjelaskan bahawa inisiatif ini mula terlintas difikirannya selepas memikirkan tentang nasib orang-orang tidak berkemampuan dan golongan gelandangan di luar sana yang hanya mengharap dan bergantung kepada juadah disediakan di masjid untuk berbuka puasa dan bersahur.

Initiatif ini dipanggil sebagai #UmbrellaInitiativeSG bertujuan untuk mengumpul dana dari masyarakat bagi membantu orang susah termasuk 20 gelandangan tanpa mengira kaum dan agama

Malah, 30 individu bukan Muslim juga turut dibantu olehnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Setakat hari ini, Ruzaini dikatakan telah berjaya mengedarkan sebanyak 250 bantuan makanan dan dia turut berniat untuk meneruskan inisiatif ini sehingga hari Raya Aidilfitri.

Justeru itu, buat orang ramai yang ingin membantu dan menghulurkan bantuan buat mereka yang tidak berkemampuan pada bulan Ramadan ini, boleh berbuat sedemikian dengan menghubungi Ruzaini di laman Instagram miliknya @r.syaz1.

Ruzaini turut menjelaskan perkara yang dilakukan ini tidak semudah yang disangka kerana banyak pengorbanan perlu dilakukan olehnya

Ini kerana dia menjelaskan bahawa cabaran yang paling menonjol buatnya adalah tenaga disebabkan dia seorang pelajar sepenuh masa. Jadi, setiap hari Isnin hingga Jumaat dia akan menghadiri kelas dalam talian bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Setelah itu, dia akan mula membuat pengagihan untuk juadah berbuka puasa dan cuba untuk menghabiskannya sebelum waktu berbuka puasa untuk pulang ke rumah. Manakala pengagihan juadah untuk bersahur pula mula dilakukan olehnya pada jam 2:30-3 pagi setiap hari.

Buat anda yang ingin menyokong usaha murni 'Wira Sahur' ini boleh menderma secara dalam talian dengan butiran di media sosial #UmbrellaInitiativeSG

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: