Wanita Malaysia Ini Rakam Pengembaraan Epik Di Iceland Guna Drone. Sungguh Menakjubkan!
Terus jatuh cinta dengan Iceland.
"Please go chasing waterfalls. Don't stick to the rivers and the lakes that you're used to." - Inilah ungkapan paling sesuai buat mana-mana pengembara tegar yang terlalu ghairah menerokai dunia
Bagi Zahira Hanafi, ungkapan ini tersemat jauh di dasar hatinya. Sebagai seorang pengembara wanita tegar, Zahira berpegang kepada prinsip ABC iaitu adventurous, brave, & creative.
Zahira bersama beberapa orang rakan baru saja selesai pengembaraan 'beku' di Iceland selama 12 hari pada Februari lalu. Untuk makluman, cuaca pada Februari di Iceland adalah yang paling 'ganas'.
"Februari merupakan antara bulan paling sejuk di Iceland dengan suhu di tahap beku. Saya bersama rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyahut cabaran menempuh kesejukan Iceland semata-mata demi mengejar Cahaya Utara magikal yang dipanggil Aurora Borealis. Untuk apa lagi datang ke Iceland selain menyaksikan cahaya warna-warni aurora menari-nari di angkasa, bukan?" kata Zahira.
Mendapat inspirasi daripada filem 'The Secret Life Of Walter Mitty', Zahira lantas memasang azam untuk menjejakkan kaki di bumi Iceland selepas menonton filem tersebut
"Iceland mungkin baru dikenali di negara kita gara-gara filem Dilwale yang memaparkan keindahan negara yang jauh di ufuk utara bumi ini. Kalau tidak, kebanyakan beranggapan hanya penguin dan polar bear yang menghuni pulau ini.
"Tapi saya mula bercita-cita untuk menjelajahi Iceland setelah menonton filem The Secret Life of Walter Mitty pada tahun 2013. I knew it was an epic place on earth," katanya.
Pada mulanya, mereka bercadang untuk meneroka Iceland selama 7 hari. Tetapi kemudian dilanjutkan ke 12 hari untuk meneroka bahagian selatan, tenggara, dan barat negara itu.
"Plan perjalanan pada permulaan hanya untuk 7 hari. Namun saya diyakinkan untuk melanjutkan masa sehingga hampir 2 minggu untuk meneroka bahagian selatan, tenggara dan barat Iceland.
"Segala jadual perjalanan dan penginapan disiapkan dari rumah untuk memaksimumkan masa perjalanan memandangkan dalam musim sejuk tempoh sinar matahari adalah agak singkat. Kemungkinan lain yang patut diambil kira sekiranya berlaku perubahan cuaca yang tiba-tiba yang akan mengganggu kelancaran plan," katanya lagi.
Menurut Zahira, walaupun mereka semua sudah bersedia sepenuhnya, suhu yang sejuk melampau begitu mencabar mental dan fizikal mereka. Dan bukan mudah untuk merakam gambar aurora.
"Walaupun kami sudah bersedia sepenuhnya, tetapi sebenarnya tidak. Anda tidak boleh jangka apa yang suhu tersebut mampu melakukan keatas tubuh anda. Saat mengharungi cuaca yang amat sejuk di bawah paras sebegitu memang mencabar mental dan fizikal. Mujur tak keras terus di situ.
"Aurora Borealis hanya muncul pada waktu malam. Sedangkan pada siang hari pun suhu sudah mencapai hampir tahap beku, inikan pula malam. Kami terpaksa berjaga dan menunggu kemunculan aurora pada suhu -8 darjah celcius.
"Kami bukanlah jurugambar profesional yang mampu merakam gambar Aurora Borealis dengan cantik. Mencabar sungguh untuk memetik butang kamera, dials dan membawa batang tripod yang sejuk beku dalam salji yang tebal. Jari kaki dan tangan kebas. Kena berdiri keras selama 8-10 saat demi mendapatkan long exposure shots dan gambar yang cantik. Gambar tak berapa sharp sebab gelap gelita, susah cari objek untuk fokus. But we think those pictures are still cantik and one of a kind!," jelasnya.
Turut dibawa bersama mereka sebuah drone bagi merakam pelbagai detik memukau dari atas. Namun begitu, operasi rakaman menggunakan drone juga agak terbatas disebabkan cuaca yang terlampau sejuk.
"Suhu terendah untuk mengendalikan drone adalah pada 0 darjah celsius. Kami terpaksa melanggar amaran ini dan cuba menerbangkan drone kami di bawah suhu tersebut. Rugilah kalau bawa drone tapi langsung tak pakai. Namun ianya amat mencabar.
"Pertama, kami tidak dapat menghidupkan drone kerana bateri yang digunakan telah beku dan tidak boleh berfungsi seperti biasa. Setelah dipanaskan untuk beberapa ketika, datang pula angin kencang serta salji mencurah-curah seperti air hujan. Rakaman kami terbatas serta-merta.
"Kedua, apabila kami berjaya menghidupkan drone, bateri pula habis terlalu pantas. Bateri tidak dapat bertahan lama kerana cuaca yang terlalu sejuk. Jadi, kepada sesiapa yang ingin ke Iceland, bawalah beberapa bateri ekstra, powerbank, dan juga car charger," ujar Zahira.
Meskipun begitu, mereka masih mampu merakamkan detik-detik indah menggunakan drone. Dan memori itu disematkan ke dalam sebuah video yang sangat awesome ini. Sesiapa pun pasti jatuh cinta dengan Iceland selepas menonton video ini:
Put on your headphones and dream away...
Maklumat lanjut, tips dan itinerari 12 hari di Iceland boleh didapatkan di:
Facebook Zahira Hanafi
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!