8 Port Pekena Ais Kepal Milo Viral Sekitar KL & PJ. Jom Serbu!

Memang cheat day la cerita dia. :D

  • Meleleh air liur tengok ais kepal Milo pekat yang semakin viral ni?

  • Trend yang bermula di Kuala Kangsar ini kini boleh dinikmati di beberapa tempat sekitar Lembah Klang! Ikuti senarainya di sini:

  • 1. Milo Kepal Ketagih @ Puchong

    • Ais Kepal Milo yang dihidang tinggi menggunung di sini bertambah lebih sedap dengan mangkuk besi old-school yang digunakan. Alang-alang di sini, jangan lupa untuk cuba Laksa Telur Goyang sekali.

      Alamat: Gerai Kiosk MPSJ, Jalan BPU 1, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor

      Waktu Operasi: 1 petang - 7 malam

      No. Telefon: +6012 680 8240

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 2. Johnny's Ice Kepal @ Kampung Datuk Keramat

    • Ais kepal Milo yang dihidangkan di gerai popular ini cukup meriah dengan pilihan topping berwarna-warni. Bancuhan Milonya yang extra pekat membuatkan ramai sanggup meredah queue panjang di sini!

      Alamat: Johnny's Ice Kepal, Taman Sepakat, Jalan AU3/12, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur

      Waktu Operasi:
      11 pagi - 7 malam (Selasa - Khamis)
      2.30 petang - 9 malam (Jumaat)
      11 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad)
      Tutup setiap Isnin

      No. Telefon: +6012 216 5234

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • 3. Ais Kepal Milo Danau Kota

    • Peminat Ais Kepal Milo jangan terlepas untuk mencuba dessert ini di sini, dengan sos Milo yang tidak kedekut dan pilihan topping Honey Stars, M&M's dan kekacang. Nak lagi best, semangkuk ais kepal Milo diberikan percuma untuk anda yang sedang menyambut hari jadi dan juga kepada wanita hamil!

      Cawangan: Taman Setapak Indah | Uptown Danau Kota

      No. Telefon: +6018 207 8422

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook 

  • 4. Ais Kepal Milo Viral @ Taman Medan

    • Terletak di Taman Medan, berhadapan Speed Char Kuey Teow, gerai Ais Kepal Milo legend ini melengkapkan lagi manisan viral ini dengan Nestum, kekacang, serbuk Milo dan wafer gulung. Gerenti puas!

      Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Taman Medan, Jalan PJS 2C/2, Petaling Jaya, Selangor

      Waktu Operasi:
      12 tengah hari - 9 malam (Jumaat - Rabu)
      Tutup setiap Khamis

      No. Telefon: +6011 2717 1774

  • 5. Kopi Siam 129 @ Cheras

    • Tengok gambar Ais Kepal Milo di sini saja pun dah terliur! Ais kepal menggunung dituang dengan Milo pekat meleleh ini memang sesuai untuk cheat day anda - lagi-lagi kalau dinikmati bersama Roti John Cheese di sini.

      Alamat: Kopi Siam 129, No. 1, Jalan Teratai 1/2E, Taman Bukit Teratai, Kuala Lumpur, Selangor

      Waktu Operasi: 5 petang - 1 pagi (setiap hari)

      No. Telefon: +6017 555 1790

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook 

  • 6. Ais Kepal Milo Viral @ Sentul

    • Inginkan Ais Kepal Milo yang ekstra special? Di gerai ini anda boleh take it to the next level dengan topping ais krim, serbuk Milo dan chocolate rice!

      Alamat: Ais Kepal Milo Viral, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

      Waktu Operasi: 1.30 petang - 7 malam (setiap hari)

      No. Telefon: +011 1153 0267

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • 7. Daughter's Kitchen @ Sungai Buloh

    • Bebola ais bersalut Milo likat yang disediakan di Daughter's Kitchen ditabur dengan sedikit kekacang. Memang layan! Sambil-sambil enjoy ais kepal, anda boleh juga mencuba bermacam-macam hidangan Western dan tempatan yang sedap di sini.

      Alamat: Daughter's Kitchen, Lot 105 Kampung Melayu Batu 13 1/2, Sungai Buloh

      Waktu Operasi:
      12 tengah hari - 11 malam (Selasa - Ahad)
      Tutup setiap Isnin

      No. Telefon: +6013 367 8494

      Status: Halal

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

  • 8. Ais Kepal Milo Mr. ABDS @ Sentul

    • Yang menariknya di sini, bukan perisa Milo saja yang disediakan. Ais Kepal Horlicks pun ada! Ditabur pula dengan Oreo, versi ini memang wajib anda cuba.

      Alamat: Ais Kepal Mr. ABDS, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

      Waktu Operasi: 1.30 petang - 7 malam (setiap hari)

      Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

  • Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

  • Jom cuba tempat-tempat best ni juga!

Most-read stories today

Leave a comment