2 Tips Penting Untuk Perahan Santan Yang Pekat, Likat & Banyak. No More Santan Cair!
Laa macamni rupanya, selama ni campur je dengan air...
Geram je beli santan kat luar, kadang pekat, kadang tak. Hmm... terpaksa beli kelapa parut dan perah sendiri kat rumah.
Tak perlu geram lagi dah, jom amalkan tips yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Yatie Eimra. Confirm perahan santan anda jadi lebih pekat, likat dan semestinya fresh! Fuh...
1. Gunakan air panas-panas suam
Gunakan air suam yang nisbahnya 1:1 (air panas : air biasa). Gunakan nisbah 2:1 (air panas : air biasa) jika anda guna kelapa parut frozen. Air perlulah air yang dah dimasak ya, bukan air paip. Air yang sudah masak membolehkan santan lebih mudah diestrak dan mudah diperah. Bukan tu je, santan yang dihasilkan nanti lebih tahan lama. Take note!
Ingat, jangan gunakan air panas yang menggelegak tau! Sebab air panas boleh menyebabkan santan tu pecah minyak.
2. Blendkan kelapa parut menggunakan perahan santan supaya lebih pekat
Langkah pertama: Asingkan kelapa parut menjadi dua. Blendkan kelapa parut yang pertama dan air suam yang telah disediakan. Kemudian, perah dan tapis sehingga mendapat santan.
Langkah kedua: Blendkan kelapa parut yang kedua dan air santan yang telah diperah. Setelah itu, perah dan tapis lagi untuk dapatkan santan yang lebih banyak.
Mesti tertanya-tanya kenapa nak asingkan kepada dua bekas. Pengasingan kelapa parut ini supaya kita kisarkan kelapa parut dan air sekali sahaja. Macam tu lah baru pekat. Kalau campurkan semua kelapa parut dan air, itu sebab santan kita cair.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!