Nenek Dan Cucu Maut Kena Renjatan Elektrik Di Sawah Padi
Ajal maut boleh berlaku secara tiba-tiba.
Cover image via SAYS.comSeorang nenek dan cucu lelakinya ditemui maut dalam keadaan terbaring bersebelahan kerana dipercayai terkena kejutan elektrik di kawasan sawah
Dipercayai, Sundang Alip, 70 sedang cuba melintasi parit untuk ke bendang setelah dihantar cucunya, Awang Mohd. Rajip Abd. Nazim, 25
Sebaik sahaja melihat kejadian yang menimpa neneknya, Awang Mohd. Rajip cuma menyelamatkan warga emas itu, dia namun turut terkena renjatan elektrik
Image via SAYS.com
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Faizal Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.48 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian
"*Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang lelaki muda di dalam parit telah meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik. Kita bersama membawa keluar kedua-dua mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Operasi menyelamat tamat pada pukul 11.27 pagi.*" katanya kepada Utusan Malaysia.
