seismik

"Buanglah Perangai Setan Tu" - Lelaki Beri 7 Cara Untuk Jadi Ahli Syurga Di Negara Sendiri

Tak payah belajar kat sekolah pun benda-benda ni.

Cover image via SAYS via Khairul Yoi

Tahukah hangpa? Ada 7 perkara yang hangpa boleh buat untuk jadi ahli syurga di negara sendiri. Sekiranya hangpa mematuhi 7 perkara ini, ceritakan pada Tuhan nanti bila hangpa mati, insyaAllah pahala hangpa tak sia-sia.

Pertama: Bank

Image via Khairul Yoi

Ini adalah bank. Bila hangpa tekan duit, kalau hangpa rasa tangan hangpa tak boleh nak kawal dari buang resit merata-rata, hangpa tekan button 'NO' bila ATM tanya hangpa "Do you need a receipt?". Tahukah hangpa bahawa dalam setiap bank disediakan tong sampah? Tong sampah tu kalau bukan untuk buang resit, adakah untuk sumbat kepala hangpa dalam tu? Bila ATM tak sediakan resit, hangpa maki ATM poharam, tapi bila dia bagi resit hangpa buang merata pulak. Please, hindarilah perangai firaun seperti ini.

P/S: Kepada pihak bank, selain sediakan resit, tolong sediakan tisu bagi mereka yang sedih tengok baki dalam akaun masing-masing.

Kedua: Public toilet

Image via Khairul Yoi

Untuk jadi rakyat yang bertamadun, bila hangpa masuk tandas awam, cubalah beberapa teknik ini. Nescaya hangpa dah berjaya 10% dalam menyelamatkan diri hangpa dari jadi rakyat yang zalim terhadap orang lain.

1) Bila hangpa dah berak, tolong flush sampai hilang segala sisa-sisa najis hangpa. Tak payah nak buat surprise sangat kat orang seterusnya.

2) Hangpa nampak tak tempat sangkut paip getah tu? Lepas guna paip getah, sangkutlah balik. Awat hangpa ingat toilet tu toilet pak hangpa? Kalau tak mau sangkut, lain kali bawak getah paip sendirilah masuk public toilet. Bila tak dak getah paip hangpa bising, dah ada getah paip hangpa buat perangai beruk pulak, masing-masing tak reti sangkut balik kat tempat sangkut tu.

Ketiga: Parking

Image via Khairul Yoi

In case hangpa belum tahu, kat semua parking dalam Malaysia ni tak dak cop nama hangpa. Jadi kalau nak parking, parking lah macam orang bertamadun. Sekiranya hangpa nampak ada sesiapa yang parking macam ni, hangpa tempek la kondom dan tulis besa-besar, "Please don't breed".

Keempat: Signal

Image via Khairul Yoi

Ini adalah signal ya tuan-tuan dan puan-puan. Setakat ni Hogwarts belum ada plan nak bina sekolah kat sini. Jadi hangpa jangan ingat kami semua ni ahli sihir boleh baca hangpa nak belok kiri atau kanan. Plus, masa hangpa beli kereta dulu, signal tak dak pun jual asing-asing. Jadi apa salahnya hangpa gunakan signal bila nak belok. Selain tu, yang tak mau masuk simpang tak payah la bagi signal weh, penat dok tunggu bila hang nak masuk simpang last last tak masuk-masuk pun. Dajal betul.

Kelima: Kedai makan

Image via Khairul Yoi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, hangpa bila pi makan kat kedai makan, tolonglah susun pinggan hangpa bagi kemas-kemas. Kerja hangpa boleh pulak nak mudah, kerja orang lain hangpa tak mau mudahkan. Walaupun hangpa bayaq, tapi tak bermakna hangpa tak boleh bertolak ansur. Tak cantiklah macam ni. Bagi yang tak pernah kerja kedai makan, hangpa tak tau lah betapa penatnya nak kutip pinggan mangkuk ni. Sekali sekala buang la perangai setan tu, susun pinggan mangkuk hangpa sendiri, bukan susah pun. Sekiranya hangpa jumpa manusia yang jenis susun pinggan bila makan kat kedai ni, ngoratlah beliau untuk dijadikan pasangan hidup.

Keenam: Sampah

Image via Khairul Yoi

Ni satu lagi. Hangpa nak buat pasar malam ka, hangpa nak buat perarakan ka, perayaan ka palahotak apa ka, hangpa jangan lupa diri pulak. Untuk pengetahuan hangpa, kedai-kedai runcit di negara kita ni ada juai plastik sampah, dan kat merata ceruk negara kita ni ada tong sampah. Sekiranya hangpa tak pernah guna dua benda magic ni, hangpa kena cuba. Kalau hangpa tak percaya hangpa try la. Mesti sampah-sampah ni semua hilang dan bersih. Hangpa tak percaya hangpa cuba try test tengok.

Selain tu, hangpa kena jadikan tabiat, bila ada sampah kecil dengan hangpa walaupun plastik coklat, simpan dulu dalam poket, atau dalam beg. Balik rumah atau bila hangpa jumpa tong sampah, baru buang. InsyaAllah malaikat sebelah kanan akan puji hangpa 24 jam.

Ketujuh: Public transport

Image via Khairul Yoi

Akhir sekali, ni bukan benda baru. Kepada makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, dalam LRT ka, MRT ka, any public transport ka, hangpa kena ingat satu saja. Ingatlah bahawa Tuhan tak bagi hangpa cacat, hangpa cuma dikurniakan pungkok satu saja berserta dua kepingan daging. Jadi plastik-plastik hangpa, beg-beg hangpa semua tak perlukan tempat duduk ya. Bagilah orang lain pun merasa duduk sebelah hangpa, toksah dok buat prangai Israel sangat tamak nak kawal tempat kat hangpa sorang.

Begitulah 7 cara untuk hangpa menjadi rakyat yang berguna kepada negara

Sekiranya hangpa nampak ada manusia-manusia yang melanggar etika-etika ni, jangan malu jangan segan, jentik saja dahi beliau dan tunjuklah posting ni kepada beliau. Terima kasih.

Sumber: Khairul Yoi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tengok kemudahan yang kita ada, memang world class!

You may be interested in: