seismik

Apabila Penyanyi Yuna Disamakan Dengan Kek Lapis Sarawak, Hasilnya Memang Kreatif & Lucu!

Sedapnya kek lapis!

Cover image via Twitter @hafyziskidnosys

Twitter dan thread pelik memang tidak boleh dipisahkan

Menerusi laman Twitter, pengguna boleh menjumpai berbagai-bagai jenis thread atau bebenang yang pelik. Walaupun pelik, ada kalanya thread yang dijumpai itu lucu dan menghiburkan.

Seperti salah satu trend popular yang terdapat dalam Twitter baru-baru ini di mana personaliti popular disamakan dengan objek harian berdasarkan pakaian mereka.

Sebagai contoh, terdapat satu thread yang mana penyanyi popular, Lady Gaga disamakan dengan microwave

Image via Twitter

Bukan Lady Gaga sahaja yang terkena bahkan penyanyi Mariah Carey turut terkena tempias apabila ada juga thread yang menyamakannya dengan pemukul telur.

Image via Twitter

Haih, macam-macam orang Twitter ini. Tapi yang pasti, mereka memang kreatif!

Baru-baru ini penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, iaitu Yuna atau nama panjangnya Yunalis Zarai turut serta dijadikan thread apabila disamakan dengan kek lapis Sarawak

Bebenang yang dibuat pengguna Twitter @hafyziskidnosys itu menampilkan 12 gambar penyanyi antarabangsa itu yang disamakan dengan 12 lagi jenis kek lapis Sarawak, semuanya berdasarkan cara pemakaian penyanyi tersebut.

Siapa sangka, trend lucu ini mendapat perhatian orang ramai sehingga mendapat hampir 9 ribu retweets dan lebih 7 ribu likes!

Berikut adalah antara gambar persamaan Yuna dan kek lapis:

Oleh kerana teruja dengan tweet tersebut, terdapat juga pengguna Twitter yang lain yang sahaja nak 'tambah perisa' kek lapis Yuna ini

Tapi yang paling best ialah apabila Yuna sendiri membalas tweet itu!

Yang kelakarnya, ekoran tularnya tweet ini, selain Yuna, ramai pula yang tiba-tiba mengidam nak makan kek lapis Sarawak

Penulis pun excited dan terhibur tengok tweet ini!

Image via GfyCat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah kata dah orang-orang Twitter ini memang kreatif!

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: