Program Isi Minyak Percuma Akan Bermula Pada April Ini

Berita gembira untuk semua penunggang motosikal!

Enlarge text

Bermula pada bulan April, setiap penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Wilayah Persekutuan akan mendapat bantuan petrol secara percuma setiap bulan

Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohammad Rafi telah membuat pengumuman ini semalam, **22 Februari 2017**. Bantuan ini akan diberi kepada semua penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Parlimen di **Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April** ini.

Image via Malaysiakini

"Kita akan beri kepada semua tanpa mengira latar belakang dan parti politik."

Image via Malaysiakini

Tanpa mengira latar belakang, bantuan ini akan **diberi kepada semua penunggang motosikal**. Bantuan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup tinggi yang menghimpit rakyat.

Menurut Muhd Razlan lagi, seramai 117,000 penunggang motosikal disasar menerima bantuan berkenaan sepanjang program itu berlangsung

Image via Astro Awani

**"Kita faham bahawa ramai daripada penunggang motosikal ini kurang berkemampuan dari segi kewangan dan kami prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan,"** kata Mohd Razlan lagi.

Menurutnya juga, sebanyak **RM250,000** telah diperuntukkan oleh Pemuda Barisan Nasional untuk menjayakan program ini.

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Bergembiralah penunggang motosikal!

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Selain dari berita minyak percuma ini, anda tahu tak Baucer Buku dah ditukar kepada KADS1M? Nak tahu lebih lanjut, klik di bawah:

You may be interested in: