Kini Para Pelajar Dah Boleh Dapatkan KAD SISWA 1 Malaysia Yang Bernilai RM250 Ini
Mulai tahun ini, KADS1M ini akan menggantikan Bantuan Buku 1 Malaysia.
Mulai 16 Februari 2017, para pelajar sudah boleh mendapatkan KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia)
Sejak dari tahun 2012, kerajaan telah melancarkan Baucar Buku 1Malaysia atau Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bertujuan untuk mengurangkan beban kos buku akademik bagi pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi.
Walau bagaimanapun, bermula pada tahun ini, pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini akan menerima RM250 menerusi akaun bank dan bukan lagi dalam bentuk baucar. Bantuan RM250 akan didebitkan secara langsung ke dalam akaun Bank Rakyat dan pelajar akan mendapatkan kad yang dikenali sebagai KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia).
Selain bantuan RM250, pelajar juga akan mendapat diskaun apabila menggunakan KADS1M untuk membeli barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dan peniaga yang mengambil bahagian.
Untuk mendapatkan Kad SISWA ini, anda perlulah memenuhi kriteria seperti yang berikut:
2. Seorang pelajar aktif belajar di sebuah institusi awam atau swasta pada 31 Disember 2016
3. Belajar sepenuh masa atau separuh masa
4. Bukan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)
5. Berada dalam Malaysia semasa pelaksanaan program kad KADS1M Debit
Pelajar juga digalakkan untuk membuka akaun i-Simpanan melalui Bank Rakyat dan menghantar borang pendaftaran KADS1M secara online
CARA-CARA MEMOHON
1. Lawati laman rasmi Bank Rakyat dan isi borang permohonan online.
2. Anda akan menerima notis pada akhir permohonan itu bahawa pendaftaran anda telah berjaya.
3. Jangan lupa untuk periksa a e-mel anda sehingga anda menerima e-mel daripada Bank rakyat untuk memberitahu anda bahawa kad anda telah siap untuk dikutip.
Selain itu, anda juga diingatkan untuk membawa dokumen seperti yang telah disenaraikan di bawah ini:
Bagi pelajar yang berumur 18 tahun:
1. MyKad (asal dan 1 salinan)
2. Kad Pelajar (asal dan 1 salinan)
Bagi pelajar di bawah umur 18 tahun:
1. MyKad (asal dan 1 salinan)
2. Kad Pelajar (asal dan 1 salinan)
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa / penjaga
4. MyKad ibu bapa / penjaga (1 salinan)
5. Sijil Kelahiran / sijil angkat (asal dan 1 salinan)
Haruskah pelajar membayar sebarang yuran bagi mendapatkan KADS1M ini?
KADS1M ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak menerimanya pada tahun yang pertama. Namun, menurut Bank Rakyat, pelajar harus membayar yuran sebanyak RM5 bagi mengaktifkan kad debit ini. Kad ini perlu diperbaharui setiap 3 tahun.
Kad debit ini boleh digunakan untuk membeli alat tulis, buku, peralatan komputer dan juga untuk melayari akses Internet.
Selain itu juga, fungsi kad debit ini sama seperti kad debit yang lain walaupun perbelanjaan yang dihadkan hanyalah sebanyak RM250. Untuk maklumat lanjut mengenai KADS1M, sila klik di sini.
Tarik tutup pendaftaran online ini berakhir pada 31 Mac 2017. Jangan lupa untuk isi borang anda dan kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain!
Sementara itu, anda juga boleh lah check jika anda layak untuk menerima vaksin HPV secara percuma di sini:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!