Dah Tunaikan Zakat Fitrah? Bayar Secara Online Saja Dan Ikuti 6 Langkah Mudah Ini!

Cepat dan mudah!

  • Salah satu kewajipan yang perlu kita langsaikan sebelum menjelangnya hari raya adalah membayar Zakat Fitrah

    • Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

      Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

      Kebiasannya ia boleh dilakukan dengan menemui amil di pusat-pusat zakat, masjid-masjid atau di mana-mana kiosk yang menawarkan perkhidmatan pembayaran ini. Pembayaran zakat fitrah juga mestilah dibuat bersama-sama lafaz akad zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri, tanggungan dan untuk pihak lain.

      Tetapi kadangkala itulah yang menjadi masalah kita semua, kekangan waktu dan sikap suka bertangguh menyebabkan kita sering lupa untuk menunaikan kewajipan ini.

  • Namun zaman serba maju, segalanya kini di hujung jari. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Khairul Ezuwan telah berkongsi cara mudah membayar zakat fitrah secara online. Yup sangat cepat dan senang!

    • Mari kita ikuti perkongsian darinya:

      Ini yang Saya lakukan dari tahun lalu. Kita ni manusia kadang-kadang kita terlupa....
      Walaupon sesetengah orang tidak suka dengan cara ini mungkin kerana lebih selesa berjumpa dan bersalam akad sendiri dengan Amil yang mengutip zakat fitrah.

      Pada Saya sendiri , saya lebih suka bayar melalui Amil tetapi pernah satu tahun dulu waktu bujang Saya pernah hampir terlupa, tengah malam raya Saya gegar rumah Pak Imam ,Amil yang mengutip zakat. . Muka pasrah jer pak Imam tu buka pintu .

      Apa yang kita boleh lakukan adalah awal minggu pertama atau kedua bulan Ramadan, kita buat dahulu bayaran zakat fitrah online . Lembaga Zakat Selangor mempunyai kemudahan ini. Negeri-negeri lain anda cek dahulu ye . Ini lebih mudah kerana berada di hujung jari kita.

    • Namun , bila kita berjumpa atau terserempak dengan Amil di bazaar, Masjid , depan bank & sebagainya, Saya fikir tidak Salah jika kita bayar lagi sekali Jika kita mampu kan.

      Pada saya , Saya lebih suka back up dahulu dengan online ni sebelum kita terlanjur terlupa sehingga akhirnya menjelang Syawal Baru teringat tidak berbayar lagi zakat fitrah. Maklum la kita ni biasanya "Nanti dulu la, banyak masa lagi". "Ala ramai la orang beratur , nanti-Nanti la bayar". Akhirnya mimpi atau perasaan jer dah bayar . Hakikatnya belum bayar lagi.

  • Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u

  • 1. Login id M2u anda

  • 2. Pilih bahagian ‘Bill Payment’

  • 3. Klik ‘Make a one-off payment’

  • 4. Ambil bahagian All Payee 'Category’ pilih ‘Zakat & Charity’

  • 5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki

  • 6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Tak lama lagi nak raya. Dah sedia belum dengan soalan-soalan panas daripada saudara-mara anda nanti?

Most-read stories today

Leave a comment