seismik

10 Soalan Ramalan Terkini Dari Saudara-Mara Di Aidilfitri Yang Boleh Bikin Panas

Masa berubah, soalan cepumas juga mungkin berubah. Kamu harus bersedia dengan segala kemungkinan.

Cover image via contengconteng.com

Raya tinggal beberapa hari saja lagi. Selain daripada membuat persiapan raya, sudahkah kamu bersedia dengan soalan "cepumas" dari saudara-mara kamu?

Soalan "Bila nak kahwin?" mungkin sudah biasa ditanyakan pada kamu. Tapi bagaimana jika kamu diajukan soalan-soalan seperti di bawah ini. Adakah kamu sudah bersedia?

Image via meme.am

1. Bila awak nak pakai tudung?

Image via Tumblr

2. Masih belajar lagi? Kenapa lama sangat? Bila nak habis belajar?

Image via mshcdn.com

3. Tak nak cuba mohon kerja kerajaan ke? Kerja senang, masa depan terjamin sebab ada pencen.

4. Kenapa kurus sangat ni? Sakit ke makan hati?

Image via tumblr.com

5. Kenapa macam makin gemuk? Muda-muda dah tak jaga badan.

Image via tumblr.com

6. Memang dah putus terus dengan (nama bekas kekasih) ya? Kamu kasar sangat kot.

Image via pinimg.com

7. Ini bukan kamu yang masak? Perempuan mesti tahu masak, kalau tak nanti tak laku.

Image via gurl.com

8. DS Najib bersalah ke tak? Tak tahu? Anak muda kena ambil tahu isu semasa.

Image via tumblr.com

9. Ada liquid Vape tak? Nak mintak sikit.

Image via tumblr.com

10. Berminat jadi downline pakcik tak? Minggu depan dah boleh jadi jutawan.

Image via tinypic.com

Kamu ada set soalan ramalan lain yang lebih dashyat dari ini? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen.

Sementara itu bagi yang nak berselfie raya, sila baca panduan berselfie dengan selamat ini:

You may be interested in: