seismik

Bomba Syak Kebakaran Mungkin Berlaku Atas Dasar Khianat, Henti Cari Salah Pusat Tahfiz

Terdapat beberapa elemen mencurigakan telah ditemui.

Cover image via Mohd Yusni Ariffin

Punca kebakaran yang meragut nyawa 23 orang pelajar di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam masih menjadi tanda tanya

Pertama: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas. Hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

Kedua: Cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

Image via BERNAMA

Keempat: Pihak Bomba percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan. Sekiranya api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap.

Misteri dua tong gas kuning.

Image via Mohd Yusni Ariffin

Ketiga: Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar. Dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah.

Beberapa netizen turut mempersoal elemen curiga yang terdapat dalam kes ini

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Tahfiz Negeri Sembilan, Mohd Ali Abdul Kadir menyeru orang ramai agar berhenti menuding jari dan mencari kesalahan pusat tahfiz

Mohd Ali Abdul Kadir.

Image via Berita Harian

Bercakap kepada Berita Harian, Mohd Ali berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa pusat tahfiz tidak mementingkan ciri keselamatan pelajar.

"Kita mengambil berat soal keselamatan pelajar dan pengajar, malah kita banyak anjurkan program berkaitan keselamatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

"Dakwaan sesetengah pihak kononnya kita tidak mementingkan keselamatan tidak sepatutnya berlaku. Ia amat negatif dan cuba menuding jari mencari pihak yang boleh dipersalahkan," katanya.

Menurutnya lagi, masyarakat sepatutnya mengambil iktibar daripada tragedi berkenaan dan tampil membantu pusat tahfiz yang mengalami kekangan kewangan

"Memang ada pusat tahfiz agak daif, masyarakat perlu ada sifat ingin membantu memudahkan segala urusan berkaitan pusat tahfiz.

"Kalau banyak pihak yang tampil memberikan bantuan dalam memudahkan setiap perkara berkaitan isu keselamatan, saya percaya selepas ini pusat tahfiz akan dapat beroperasi dengan baik," katanya lagi.

Persoalannya, adakah benar kejadian ini berlaku atas dasar khianat? Kongsikan pendapat anda di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi di bawah:

You may be interested in: